Wednesday 15 February 2012

Ride Ke Sg.Besar (Restoran Selera Rimba) - Fraser Hill - Tg. Malim (Pau Yik Mun) Part 3

Salam/Salam Sejahtera

Sambungan dari Part 2

Lepas bangun tido kiteorang bersiap untuk pergi sarapan kat cafe hotel (sarapan pagi termasuk sekali dengan rege bilik). disebabkan bilik kiteorang bebetui kat puncak... so kiteorang buat keputusan utk check-out sekali so takyah naik2 lai dah.







Morning Pokteh!!!





Fuh mmg feel betul sapan kat sini dengan ditemani kicauan burung.... aku suka!!!!










 Ajun menikmati sapan pagi









Lepas sapan kiteorang check out, sebelum turun dari Fraser Hill kiteorang ingat nak pusing2 lai cari tempat2 menarik yang tak abis pusing semalam..
Kiteorang singgah kat Allan's Water. Sebelum tue sempat gak kiteorang singgah kat Taman Bunga yang bersebelahan dengan tempat nie.. takde yang menarik sangat kat taman bunga nie sebab aku difahamkan taman bunga nie sebelum nie telah ditutup dan baru nak dibuka semula untuk pengunjung.




Allan's Water nie sebenarnya sebuah tasik kat Fraser Hill. Kalau nak cerita dari segi sejarah, tasik ini pada asalnya berperanan sebagai empangan yang membekalkan air bersih kepada penduduk di Fraser’s. Orang yang bagi idea buat benda ni nama dia J.H Allan, seorang pembantu jurutera yang datang ke bukit ini pada tahun 1921.
Aktiviti yang menarik kat sini adalah pedal boat. regenye kalau tak silap aku RM 6 inggit untuk berapa lama aku tak pasti sebab aku tak naik pun masa tue.. just duk lepak2 sambil memerhatikan ikan berenang menantikan makanan.. Kalau korang datang kat sini jgn lupe bawak roti sekali utk bagi ikan kat sini makan ye...




Lepas lepak kat Allan' Water, aku ingat nak usya2 kat Air Terjun Jeriau..tak sampai separuh jalan kot kiteorang patah balik disebabkan jalan nak sampai ke sana agak sunyi di kelilingi hutan, sempit dan berliku  ditambah pulak aku pun tak berapa tau jarak kawasan air terjun tersebut. Lagipun minyak pokteh tak berapa nak banyak.





So lepas bincang ngan ajun kat atas moto kiteorang sepakat utk berpatah balik. sebelum tue kiteorang sempat tongkat moto untuk menikmati permandangan indah kat situ..


Sebelum angkat tongkat untuk turun Fraser Hill, kiteorang singgah kat kedai runcit yang jual minyak botol semalam sebab ingat nak beli lagi sebotol utk topup minyak pokteh... boleh abis plak minyak hari tue... nasib baik aku tak bertangguh untuk isi minyak semalam.. cukup rasanya minyak yang masih ada cuma aku je sesaje nak tambah... ikat siap2 barang2 dalam box agar tak tercicir... maklumlah kunci box tercicir semalam dalam perjalanan Sg. Besar.



Aku difahamkan sebelum2 nie jalan turun naik akan melalui jalan yang sama tapi waktu naik dan turun telah ditetapkan disebabkan jalan yang sempit. Alhamdulillah sekarang nie dah tak camtu. jalan turun dan naik dah tak sama. Ketika melalui jalan turun kita akan melalui satu lai tempat menarik kat Fraser Hill iaitu `The Paddock' kat sini ada aktiviti menunggang kuda dan memanah. kiteorang tak berkesempatan utk singgah kat sini..mungkin lain kali kot.....






View yang menarik semasa melalui jalan turun.







Jom aku blanje video yang diambil oleh ajun semasa kiteorang menuruni Bukit Fraser sampai ke Simpang Tiga menghala ke Raub dan Kuala Kubu Baru








Alhamdullilah selamat sampai simpang tiga menghala ke Raub dan Kuala Kubu Baru dari Fraser Hill. Pokteh sempat bergambar kenangan kat sini.




Pokteh berlatarbelakangkan kawasan Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru setelah selamat menuruni kaki Bukit Fraser..








Top up minyak pokteh kat Kuala Kubu baru.. Masa sampai kat sini lebih kurang kui 12.22 Tengahari. So sedang2 molek la tue untuk mencari tempat makan tengahari...  Oleh sebab kiteorang akan memasuki highway utara-selatan melalui tol Tanjung Malim so kiteorang plan nak pergi makan kat tempat makan yang famous kat tanjung malim iaitu Pau Yik Mun. alang2 kan...










Order pau empat biji 2 ayam + 2 daging





Makanan sampingan Mee Kantonis hu..hu..







Kebetulan plak ada sepasang bikers kat situ.. so adalah kawan pokteh..





Setelah selesai makan, lebih kurang kui 1.20 kiteorang cargas bersiap utk angkat tongkat pulang kerumah... 






Cuaca Panas terik `menerangi' ride kiteorang sampai ke rumah.. Sebenarnya ada kerisauan gak aku dengan keadaan tayar belakang pokteh yang `makan' sebelah disebabkan absober blakang aku yang bengkok. Dah la makin nipis dengan cuaca yang panas terik lagila merisaukan aku.. Alhamdulillah lebih kurang kui 3.15 kiteorang selamat tongkat motor kat umah. Sekali lagi aku bersyukur sebab ride santai kiteorang dianggap sukses walaupun banyak dugaan pada mulanya... Insyallah panjang umur kiteorang akan datang balik ke Bukit Fraser..

Sekian....






p/s: Keadaan tayar pokteh setelah tongkat motor kat umah.





No comments:

Post a Comment