Sunday 31 March 2013

Tersungkur Kat Jalan Tun Razak...

Salam/salam sejahtera..

28/3/2013- Dalam perjalanan dari opis nak amik ajun balik kije...Hujan sangat lebat masa tue... aku ride dengan kelajuan sederhana dalam 65KM/J. Tetiba kereta depan aku brake emergency disebabkan kerete yang didepannya tukar lane sesukahati bapak die. Dalam masa yang sama aku dah terlalu hampir dengan kereta yang brake emergency tue. aku pun ape lagi brake emergency jugaklah..disebabkan jalan yang licin kerana hujan lebat dan tayo blakang pokteh yang dah tak berapa nak ada bunga aku tak dapat mengawal pokteh sebab tayo blakang slide dan jatuh bebetui kat belakang kereta tue. mmg sket lagi nak hentam kereta kat depan aku tue... kat belakang aku ada lori 1 tan. dah jatuh tue aku boleh tak terdaya nak angkat pokteh... lutut gigil beb hu..hu.. melihat aku yang terkial2 nak angkat pokteh, brader kelindan lori yang kat belakang menolong aku mengangkat pokteh sambil berkata ` abang ok? sket lagi kiteorang nak langgo abang'. dalam hati aku bersyukur kerana takde kecederaan yang serius dan bersyukur kerana tak dilanggar dengan kenderaan lain dari belakang..Kereta depan yang aku hampir nak langgo terus belah bodoh je... Pepun thanks kepada brader kelindan lori tue kerana telah menolong aku..jom usya gambo kecederaan pokteh... sedih tue mmg sedih... tapi masih bersyukur sebab sempat brake dari merempuh belakang kereta tue.. kalau tak kecederaan pokteh lagi parah!
















tongkatmotor p/s:  Hati2 menunggang korang! tak kirelah moto kecik ke beso.. kita ibarat mentimun.. dieorang durian....

Tayo Belakang Botak Sebelah

Salam/Salam Sejahtera..

ER6 mmg terkenal dengan masalah tayar makan sebelah belah depan. Masalah sebenar tak dapat dikenalpasti tapi ada yang kata ianya berpunca daripada fork depan,ada yang kate kene tuko minyak fork, ada yang kate kene letak spacer, dan ada yang kate ke pakai fork brace. Alhamdulillah pokteh tak terkena penyakit tue utk tayar depan.. cume utk tayar belakang je yang kene.. hu..hu..sebelum nie utk tayo BT 021 makan sebelah aku suspek disebabkan absober yang bengkok, rujuk sini tapi setelah tuko absober pun tayar blakang pokteh masih makan sebelah. aku ader usya2 forum dan bertanyakan pemilik2 er6 yang lain terutamanya yang selalu naik berdua. Jawapannya YA mmg moto dieorang pun mengalami masalah yang sama. so aku leh buat kesimpulan ianya berpunca dari absober belakang yang terletak di sebelah kanan kire macam tak balance la. Aku ader jugak tanya kepada pemilik Versys yang mana kedudukan absober belakangnye pun sama macam er6, rupanya versys pun mempunyai masalah yang sama jugak. So aku buat kesimpulan ianya kira macam er6 n versys punye design failure la kot. Baik utk fork depan ataupun absober belakang utk er6. tapi aku tak pasti plak utk er6 tahun 2012 mengalami masalah yang sama ke tak.... Wallahualam..




Thursday 7 March 2013

Menjenggok Yamaha XJ6N Di Kedai Motor

Salam/Salam Sejahtera..

Wasap Bro!

Tengahari kelmarin aku ngan budak opis sesaje pi menjengok motor kat Welly Batu Cave. Sempat usya sebiji XJ6N.Untuk makluman pada tahun 2011 Yamaha ada mempertaruhkan model XJ6 Diversion untuk memberi saingan kepada Kawasaki yang telah mendahului jualan superbike CKD di Malaysia, klik sini utuk post pasal XJ6 Diversion, namun rasanya ramai penunggang di Malaysia lebih meminati Versys dan er6 keluaran Kawasaki, mungkin disebabkan rege Versys dan er6 lebih kompetetif dan maintenance yang lebih murah kerana versys dan er6 hanya 2 silinder berbanding XJ6 yang mempunyai 4 Silinder. Pada tahun ini  Yamaha sekali lagi mempertaruhkan XJ6 versi naked CKD yang dikenali XJ6N.  Regenye lebih kurang  RM 40K, lebih murah  RM 1000 daripada saudaranya XJ6 Diversion. Harapan aku di tongkatmotor dengan kehadiran moto nie dapatlah menambah pilihan kepada kepada peminat motor berkuasa tinggi agar jalan raya kita lebih meriah dengan moto2 berkuasa tinggi nie.. jom usya gambo..