Monday 27 February 2012

Bajet Tahun 2012 Utk Pokteh: Air Filter + Plug

Salam/Salam Sejahtera....

Tayo dah ok... absober dah ok... kini tibalah masanya utk aku tuko air filter la plak... kalau mengikut bajet pokteh kat sini aku nak tuko airfilter jenis DNA.So Pada 3.02.2012 aku pi la anto pokteh kat kedai yang biase aku pi tapi.... DNA airfilter utk er6 dah takde stok plak.. aku di rakemenkan dengan BMC airfilter. pandangan dari mata aku setelah dibuat perbandingan material antara BMC n DNA (tapi DNA untuk model lain) sama je cume pomen cakap frame BMC lebih keras sket berbanding DNA wallahualam..... alang2 dah buka tangki minyak untuk tuko airfilter. aku toko sekali plug untuk pokteh memandangkan pokteh pun dah berjalan sejauh 18930KM. Untuk Airfilter aku habis RM 300 dan Plug 50 sebiji x 2= RM 100











Airfilter standet (Depan)... dah berkarah!





(Belakang)

Sunday 19 February 2012

Bajet Tahun 2012 Utk Pokteh: Absober Blakang..

Salam/Salam Sejahtera..

Lepas selamat tuko kedua-dua tayo.. misi seterusnye ialah  tuko absober.. kalau korang bace bajet 2012 yang aku buat utk pokteh aritu kat sini. Absober pokteh yang bengkok tue kene tukar dengan segere sebab akan menjadikan tayo `makan' sebelah kalau dibiarkan.. Rege baru utk absober RM 900.Hasil usehe aku meninjau2 kat internet alhamdulillah aku dapat absober sekenhen yang berharga RM400. Pada 31.01.2012 setelah urusan jual beli selamat dilakukan. aku pi pasang absober tersebut kat kedai K S Motor Jalan Ipoh. Alhamdulillah... setelah menukar absober yang `baru' nie.. pokteh rasa lai seronok ditunggang terutamanya ketika melalui jalan yang beralun. Keadaan permukaan tayo kiri dan kanan pun dah seimbang. hope masalah tayo `makan' sebelah selesai..





Sebelum Tuko... Absober pokteh yang bengkok





Hadiah utk pokteh...





Tadaaa..... absober baru yang sekenhen hu..hu..




 Setelah siap dipasang...

Saturday 18 February 2012

Patahnya Side Miror Pokteh

Salam/Salam Sejahtera.....

Wasap bro! 17.02.2012 aritue aku telah menggantikan side mirror baru utk pokteh setelah berusehe mcm2 cara utk `menyelamatkan' side mirror yang lama yang dah nak patah.. sebab patah aku pun tak tau berpunce dari mana.. samaada orang langgo ke... or berpunce dari pomen kedai yang selalu aku pi yang suka menolak keluar pokteh dari dalam kedai dengan memegang side miror...atau pun mmg dah sampai ajalnye hu..hu..

Side miror yang lama bukan yang ori sebenarnya.. owner lama pokteh dah tuko yang after market... setelah side mirror tue terlentok n tak dapat diselamatkan lai aku pun pi la tuko dengan yang baru.... sebenarnye aku mmg suke side mirror yang lama sebab rupa parasnya yang cun. Agak susah gak nak mencari side mirror utk motor yang ber`fairing' nie... dari kl membawa ke s.alam aku menjejakinya hu..hu..... akhirnya alhamdulillah aku dapat side mirror yang sama utk pokteh berharga RM 200 sepasang.. cume takde stiker carbon je macam yang lama.. he..he..





 Pokteh cacat tanpa side mirror sebelah...


 




Pokteh dapat side miror baru!




Friday 17 February 2012

Bajet Tahun 2012 Utk Pokteh: Tayo Belakang (Battlax BT 023)

Salam/ Salam sejahtera..

Hah selepas melenjan tayo blakang pokteh sehingga pergi balik Fraser Hill sampai dah nampak benang dah tibelah masanya untuk aku menukar tayo belakang dengan yang baru.. kalau korang bace post aku yang terdahulu kat sini aku dah tuko tayo depan sebelum nie jenis Bridgestone Battlax 023. So untuk tayo blakang aku tuko spesis yang sama gak. Aku pi bengkel K S Motor kat jalan Ipoh pada 30.01.2012, bengkel yang sama aku pi masa tuko tayo depan. Aritue aku tuko tayo depan regenye RM 390 yang blakang pulak nie regenye RM 510. So far aku pakai tayo nie ok la kot.  Utk corner yang pendek agak grip jugak la (alah aku layan corner bukan laju mane pun hu..hu..) tapi ada geng2 bikers komen tayo nie kalau dalam kelajuan 160km/j ketika mengambil corner yang panjang tayo nie kurang stabil sket.. (aku tak pernah cube lai n tak berapa nak yakin nak mencube hu..hu...) Tapi tujuan asal aku pilih tayo nie ialah dari segi ketahanannya. Yelah aku menggunakan pokteh utk ulang alik kije n kengkadang bawak pi ride, bawak balik kg lai.. mestilah kene cari tayo yang lambat abis sket. hu..hu... camne pun kite tgkla berape lama tayo nie dapat bertahan.. tayo lama aku Bridestone Battlax 021(Belakang) bertahan sehingga 18730 KM.





Pokteh tak sabo menantikan tayo baru!!




Tayo baru yang akan disarungkan kat rim Pokteh





 Ah Fatt tgh buat balancing...





Tayo lama `makan' sebelah disebabkan absober blakang bengkok..






Bunga tayo baru...



Wednesday 15 February 2012

Ride Ke Sg.Besar (Restoran Selera Rimba) - Fraser Hill - Tg. Malim (Pau Yik Mun) Part 3

Salam/Salam Sejahtera

Sambungan dari Part 2

Lepas bangun tido kiteorang bersiap untuk pergi sarapan kat cafe hotel (sarapan pagi termasuk sekali dengan rege bilik). disebabkan bilik kiteorang bebetui kat puncak... so kiteorang buat keputusan utk check-out sekali so takyah naik2 lai dah.







Morning Pokteh!!!





Fuh mmg feel betul sapan kat sini dengan ditemani kicauan burung.... aku suka!!!!










 Ajun menikmati sapan pagi









Lepas sapan kiteorang check out, sebelum turun dari Fraser Hill kiteorang ingat nak pusing2 lai cari tempat2 menarik yang tak abis pusing semalam..
Kiteorang singgah kat Allan's Water. Sebelum tue sempat gak kiteorang singgah kat Taman Bunga yang bersebelahan dengan tempat nie.. takde yang menarik sangat kat taman bunga nie sebab aku difahamkan taman bunga nie sebelum nie telah ditutup dan baru nak dibuka semula untuk pengunjung.




Allan's Water nie sebenarnya sebuah tasik kat Fraser Hill. Kalau nak cerita dari segi sejarah, tasik ini pada asalnya berperanan sebagai empangan yang membekalkan air bersih kepada penduduk di Fraser’s. Orang yang bagi idea buat benda ni nama dia J.H Allan, seorang pembantu jurutera yang datang ke bukit ini pada tahun 1921.
Aktiviti yang menarik kat sini adalah pedal boat. regenye kalau tak silap aku RM 6 inggit untuk berapa lama aku tak pasti sebab aku tak naik pun masa tue.. just duk lepak2 sambil memerhatikan ikan berenang menantikan makanan.. Kalau korang datang kat sini jgn lupe bawak roti sekali utk bagi ikan kat sini makan ye...




Lepas lepak kat Allan' Water, aku ingat nak usya2 kat Air Terjun Jeriau..tak sampai separuh jalan kot kiteorang patah balik disebabkan jalan nak sampai ke sana agak sunyi di kelilingi hutan, sempit dan berliku  ditambah pulak aku pun tak berapa tau jarak kawasan air terjun tersebut. Lagipun minyak pokteh tak berapa nak banyak.





So lepas bincang ngan ajun kat atas moto kiteorang sepakat utk berpatah balik. sebelum tue kiteorang sempat tongkat moto untuk menikmati permandangan indah kat situ..


Sebelum angkat tongkat untuk turun Fraser Hill, kiteorang singgah kat kedai runcit yang jual minyak botol semalam sebab ingat nak beli lagi sebotol utk topup minyak pokteh... boleh abis plak minyak hari tue... nasib baik aku tak bertangguh untuk isi minyak semalam.. cukup rasanya minyak yang masih ada cuma aku je sesaje nak tambah... ikat siap2 barang2 dalam box agar tak tercicir... maklumlah kunci box tercicir semalam dalam perjalanan Sg. Besar.



Aku difahamkan sebelum2 nie jalan turun naik akan melalui jalan yang sama tapi waktu naik dan turun telah ditetapkan disebabkan jalan yang sempit. Alhamdulillah sekarang nie dah tak camtu. jalan turun dan naik dah tak sama. Ketika melalui jalan turun kita akan melalui satu lai tempat menarik kat Fraser Hill iaitu `The Paddock' kat sini ada aktiviti menunggang kuda dan memanah. kiteorang tak berkesempatan utk singgah kat sini..mungkin lain kali kot.....






View yang menarik semasa melalui jalan turun.







Jom aku blanje video yang diambil oleh ajun semasa kiteorang menuruni Bukit Fraser sampai ke Simpang Tiga menghala ke Raub dan Kuala Kubu Baru








Alhamdullilah selamat sampai simpang tiga menghala ke Raub dan Kuala Kubu Baru dari Fraser Hill. Pokteh sempat bergambar kenangan kat sini.




Pokteh berlatarbelakangkan kawasan Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru setelah selamat menuruni kaki Bukit Fraser..








Top up minyak pokteh kat Kuala Kubu baru.. Masa sampai kat sini lebih kurang kui 12.22 Tengahari. So sedang2 molek la tue untuk mencari tempat makan tengahari...  Oleh sebab kiteorang akan memasuki highway utara-selatan melalui tol Tanjung Malim so kiteorang plan nak pergi makan kat tempat makan yang famous kat tanjung malim iaitu Pau Yik Mun. alang2 kan...










Order pau empat biji 2 ayam + 2 daging





Makanan sampingan Mee Kantonis hu..hu..







Kebetulan plak ada sepasang bikers kat situ.. so adalah kawan pokteh..





Setelah selesai makan, lebih kurang kui 1.20 kiteorang cargas bersiap utk angkat tongkat pulang kerumah... 






Cuaca Panas terik `menerangi' ride kiteorang sampai ke rumah.. Sebenarnya ada kerisauan gak aku dengan keadaan tayar belakang pokteh yang `makan' sebelah disebabkan absober blakang aku yang bengkok. Dah la makin nipis dengan cuaca yang panas terik lagila merisaukan aku.. Alhamdulillah lebih kurang kui 3.15 kiteorang selamat tongkat motor kat umah. Sekali lagi aku bersyukur sebab ride santai kiteorang dianggap sukses walaupun banyak dugaan pada mulanya... Insyallah panjang umur kiteorang akan datang balik ke Bukit Fraser..

Sekian....






p/s: Keadaan tayar pokteh setelah tongkat motor kat umah.