Friday 22 July 2011

Ride Jom Balik Kg Mersing Part 2

Assalam/Salam Sejahtera

Wasap Bro! Pada 9 Julai 2011, seperti yang telah dirancang aboyNajun telah angkat tongkat utk balik kg iaitu di Mersing. Kiteorang angkat tongkat dari umah lebih kurang pukul 8.00 pagi.. Ride kalinie agak terganggu disebabkan cuaca yang kurang memihak kepada kiteorang. Dimulai dengan hujan bermula ketika memasuki highway Cheras-Kajang hingga masuk ke highway utara selatan(Arah Selatan) kiteorang ditemani dengan hujan sehingga memaksa kiteorang tongkat motor jap di hentian sebelah Pedas-Linggi untuk berteduh.. Jom tgk gambo..






Mengenangkan nasib ketika berteduh di hentian sebelah Pedas-Linggi
lebih kurang dalam setengah jam berteduh kiteorang angkat tongkat dan teruskan perjalanan dikala hujan masih turun membasahi bumi.. Next tongkat motor kat hentian jejantas untuk sarapan lebih kurang 10.20 pagi. Menu utk sarapan kiteorang kalinie ialah nasi lemak.



Selepas perut telah diisi ngan sarapan kiteorang meneruskan ride dan lepasnie kiteorang akan tongkat motor di rumah makcik orang umah aku di Kluang utk menyinggahkan diri kat majlis pertunangan anaknya. Makan tghari dan lepak2 bersama sanak saudara org umah aku sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju iaitu kampung aku di Mersing. Alhamdulillah berjaya tongkat motor kat mersing lebih kurang kui 4.30 petang.







abang Lebab berposing ngan pokteh






Penghibur hati kuarge kiteorang kat rumah Mersing


Kalau korang mengikuti post aku mengenai ride jom balik kg Mersing part 1. Ada aku letakkan gambo papan tanda askem.. Kalinie aku der sertekan gambo askemnye plak... fuhh mmg best giler askem nie... diusahakan oleh mama n adik aku..





Lai..lai..lai... 20 sen satu...












Makan Pau kat hentian Pagoh..







Kiteorang angkat tongkat untuk balik KL pada hari ahad 10.7.2011.. alhamdulillah  perjalanan pulang kiteorang lancar dan dengan keadaan cuaca sangat ok.. Tongkat moto jap kat hentian Pagoh pada pukul 7.20. dan seterusnye topup minyak pokteh kat shell hentian Seremban. Selamat tongkat motor kat umah lebih kurang kui 10.00 malam.. sekian..

Wednesday 20 July 2011

Ride Jom Balik Kampung JB Part 1

Assalam/Salam Sejahtera..

Wasap Bro! 1 Julai haritue selepas balik kije n singgah umah jap aboyNajun bersemangat untuk memulakan ride ke kampung org umah di JB. aboyNajun angkat tongkat pada pukul 8.30 mlm. Untuk ride kalinie kiteorang memilih utk ride pada waktu malam. Alhamdulillah... perjalanan kiteorg berjalan lancar dan keadaan cuaca pada malam tue sangat baik. berjaya tongkat motor di umah JB pada pukul 12.30 mlm. Jom tgk gambo..







Tongkatmoto kat petronas seremban jap utk rest sesambil makan askem...





Masanie dah sampai shell kat hentian Machap utk topup minyak pokteh..






Pokteh kat umah JB





Pokteh bergambar kenangan dengan moto adik ipar aku (moto nie dulu kepunyaan ajun skang dah bertukar milik)





 Hujan turun pada petang ahad membasahi pokteh













3 Julai 2011 lebih kurang kui 6.00 petang.. aboyNajun angkat tongkat untuk pulang ke KL..






Kui 7 lebih tongkat moto kat hentian Pagoh utk rest.


















Selepas maghrib kiteorang pun angkat tongkat utk meneruskan perjalanan tapi sebelum tue singgah jap kat shell yang berada kat hentian Pagoh utk topup minyak pokteh yang telah pun berkurang..Alhamdulillah.. Dalam kui 9.30 malam kiteorang telah selamat tongkat motor kat umah...sekian...

Sunday 17 July 2011

Menjenggok Yamaha XJ6 Diversion di Kedai Moto

Assalam/Salam sejahtera...

Wasap Bro... masa aku lepas buat lesen kat JPJ Wangsa Maju 1 Julai 2011 aritue.. ader la tongkat moto kat kedai Yamaha yang berdekatan dengan JPJ tersebut untuk melihat motosikal inline4 CKD terbaru iaitu XJ6 Diversion. Jom tgk gambo... moto ini mempunyai 4 silinder dan bersesaran 600cc. harge atas jalan 41 ribu lebih.. Tepuk kocek tanye selera..












Thursday 14 July 2011

Aku Lulus Test B Full....

Salam/salam sejahtera...

 Wasap Bro! lepas aku dengan semangatnya menceritekan ride aku ke PD dan Mersing.. Yang sebenar2nye aku takde lesen B-Full lai hu..hu.. aku ride bebekalkan lesen L je..sepatutnye aku tak leh bawak pembonceng lai.. tapi gelojoh punye pasal tak sempat amik test ada ati nak ride jejauh hu..hu.. Takdela.. sebenarnye kalau ikutkan ati mmg la nak nak aderkan lesen B-full dulu baru pi ride.. So alhamdulillah.... kedua2 ride aku iaitu yg pi reunion di PD dan ballik kg di Mersing dengan takde lesen B-Full terselamat daripada terkene tahan, saman or berlaku perkara yang tidak diigini Alhamdulillah... Aku amik test kat pusat latihan memandu MKL Setapak pada 30 Jun 2011(Khamis) Alhamdulilah lulus dan boleh buat lesen terus kat JPJ wangsa maju pada keesokkan harinya (Jumaat). Jom usya gambo...







Satu-satunya moto yang digunakan bagi yang nak amik B-Full kat pusat latihan memandu tersebut.







Tambahan besi keselamatan coz moto nie dah banyak kali terjatuh






No Giliran aku..




Antara part yang paling aku cuak sekali.. Titian Maut.. Kalau kantoi kat sini kantoilah keseluruhan Bahagian II. Kene melepasi titi nie tak kurang dari 7 saat.





Aku nak bagi tips kat korang yang nak amik test nie tak kire la moto kecik or beso.. korang takyah takut sangat pasal 7 saat tue.. try je melepasi titian tersebut sampai abis.. Insyallah korang leh lepas punye.. jgn pakse diri nak imbang lelama atas titi tue.. kalau nak curi mase pun dah nak dekat ujung2. tapi jgn korang terus speed atas tue pulak..

Wednesday 13 July 2011

Ride Jom Balik Kampung Mersing Part 1

Assalam/Salam Sejahtera..

Wasap Bro!! Arini aku nak citer pasal ride aku balik mersing pada 11-12 Jun 2011. Ini merupakan ride aku yang kedua semenjak pakai er6f nie.. Tujuan utama ialah nak eksyen moto baru kat org kg aku hu..hu.. takdela.. almaklumla baru pakai motobeso.. mesti gian nak ride jejauhkan hu..hu.. so destinasi yang dipilih oleh aboyNajun ialah Mersing iaitu kampung tercinte tempatnye aku dibesarkan.. Angkat tongkat dari umah kire2 kui 8 pagi.. tgh syok2 ride tetibe lampu F1 kat panel meter pokteh nyala.. cuak gak aku... terus masuk hentian sebelah senawang jap. tepon beberape orang pomen yang boleh dipercayai. Pomen tue cakap kalau lampu F1 nyala biasanya melibatkan sensor (sensor O2) pada ekzos samaada tak dipasang atau pun dah rosak ataupun masuk air (kebetulan masetue ujan so aku suspek mungkin disebabkan sensor moto aku termasuk air). kesannya akan menganggu sistem injection dan moto akan kuat minyak sket. setelah berbincang ngan pomen dan pomen cakap takde masalah utk meneruskan perjalanan. Aku pun angkat tongkat dan meneruskan perjalanan. Perjalanan lancar hingga ke Mersing Alhamdulillah..Jalan yang dilalui ialah highway utara selatan (arah selatan) keluar ikut Ayer Hitam-Keluang-Kahang-Nitar-Mersing. Tongkat motor kat Mersing lebih kurang kui 12 tghari.. Alhamdulillah. Jom tgk gambo..






Pokteh berposing dkt umah mersing..






Lagi...





Dan lagi...





Moto pertama yang aku bawak milik orang tua aku. Moto ini telah disolek semula oleh adik lelaki aku..





Yang bestnya no plat pokteh lebih kurang sama ngan moto orang tua aku.. Aku memula pun tak perasan tapi mama aku yang mula2 perasan. Best betui..






 Honda VS Kawasaki




Aiskem Malaysia ada dijual disini.. Gambo askem terlupa nak ambik.. Insyallah akan dipostkan dalam siri ride jom balik kampung Mersing Part 2. hu..hu..






Keesokannya aboyNajun pun angkat tongkat untuk pulang ke KL. Kiteorang decide nak lalu jalan lain iaitu Mersing-Endau-Rompin-Muazam Shah-Jempul-Kuala Pilah-Senawang-KL. Jom Tgk Gambo lai..





Tongkat moto jap untuk menjamah menu special kat Rompin..




 Bacala sendiri ape yg specialnye kat sini. hu..hu..




Fuhhh tergiang-giang rasenye di tekak aku.. hu..hu..





Sebelum





Selepas ha..ha..



Tup2 dalam beberapa km selepas aboyNajun angkat tongkat untuk meneruskan perjalanan. Hujan pun turun dengan meriahnya.. Alhamdulillah ada bustop untuk aboyNajun berteduh. (masa melantak makan udang galah tadi langit mmg dah gelap dah)







Berkongsi tempat teduh dengan brader penduduk setempat bersama anaknye yang comei...







comei...









Pas ujan dah reda aboyNajun pun angkat tongkat dan meneruskan perjalanan.. benti topup minyak pokteh kat shell Jln. Melang Kuala Pilah..






Sekali kuning habis da....








Selepas topup minyak dan makan askem yang dibeli kat shell tersebut.. aboyNajun angkat tongkat dan meneruskan perjalanan.. kenderaan di laluan sebelum sampai bukit putus agak banyak dan kenderaan bergerak perlahan.. sedikit sebanyak merosakkan feel ride aboyNajun.. tapi apa nak buat... nak taknak perjalanan mesti diteruskan.. sampai kat senawang aboyNajun decide untuk melalui highway Lekas dan keluar melalui exit Kajang. Untuk pengetahuan korang itulah kali pertama aboyNajun melalui highway Lekas. hu..hu.. Alhamdulillah perjalanan lancar dan aboyNajun tongkat motor kat umah pada pukul 7.30 petang setelah sempat aboyNajun TTS kat mamak berdekatan ngan umah.. sekian...

Update: Pasal yang lampu F1 nyala tue rupa2nya mmg betui masalah sensor O2 yang tak dipasang pada ekzos setelah owner lame menukar eksoz standart kepada eksom tum..tum...tum.. Setelah modified dan memasang sensor O2 pada ekzos Alhamdulillah.. lampu F1 dah tak nyala sampai skang..