Wednesday 13 July 2011

Ride Jom Balik Kampung Mersing Part 1

Assalam/Salam Sejahtera..

Wasap Bro!! Arini aku nak citer pasal ride aku balik mersing pada 11-12 Jun 2011. Ini merupakan ride aku yang kedua semenjak pakai er6f nie.. Tujuan utama ialah nak eksyen moto baru kat org kg aku hu..hu.. takdela.. almaklumla baru pakai motobeso.. mesti gian nak ride jejauhkan hu..hu.. so destinasi yang dipilih oleh aboyNajun ialah Mersing iaitu kampung tercinte tempatnye aku dibesarkan.. Angkat tongkat dari umah kire2 kui 8 pagi.. tgh syok2 ride tetibe lampu F1 kat panel meter pokteh nyala.. cuak gak aku... terus masuk hentian sebelah senawang jap. tepon beberape orang pomen yang boleh dipercayai. Pomen tue cakap kalau lampu F1 nyala biasanya melibatkan sensor (sensor O2) pada ekzos samaada tak dipasang atau pun dah rosak ataupun masuk air (kebetulan masetue ujan so aku suspek mungkin disebabkan sensor moto aku termasuk air). kesannya akan menganggu sistem injection dan moto akan kuat minyak sket. setelah berbincang ngan pomen dan pomen cakap takde masalah utk meneruskan perjalanan. Aku pun angkat tongkat dan meneruskan perjalanan. Perjalanan lancar hingga ke Mersing Alhamdulillah..Jalan yang dilalui ialah highway utara selatan (arah selatan) keluar ikut Ayer Hitam-Keluang-Kahang-Nitar-Mersing. Tongkat motor kat Mersing lebih kurang kui 12 tghari.. Alhamdulillah. Jom tgk gambo..






Pokteh berposing dkt umah mersing..






Lagi...





Dan lagi...





Moto pertama yang aku bawak milik orang tua aku. Moto ini telah disolek semula oleh adik lelaki aku..





Yang bestnya no plat pokteh lebih kurang sama ngan moto orang tua aku.. Aku memula pun tak perasan tapi mama aku yang mula2 perasan. Best betui..






 Honda VS Kawasaki




Aiskem Malaysia ada dijual disini.. Gambo askem terlupa nak ambik.. Insyallah akan dipostkan dalam siri ride jom balik kampung Mersing Part 2. hu..hu..






Keesokannya aboyNajun pun angkat tongkat untuk pulang ke KL. Kiteorang decide nak lalu jalan lain iaitu Mersing-Endau-Rompin-Muazam Shah-Jempul-Kuala Pilah-Senawang-KL. Jom Tgk Gambo lai..





Tongkat moto jap untuk menjamah menu special kat Rompin..




 Bacala sendiri ape yg specialnye kat sini. hu..hu..




Fuhhh tergiang-giang rasenye di tekak aku.. hu..hu..





Sebelum





Selepas ha..ha..



Tup2 dalam beberapa km selepas aboyNajun angkat tongkat untuk meneruskan perjalanan. Hujan pun turun dengan meriahnya.. Alhamdulillah ada bustop untuk aboyNajun berteduh. (masa melantak makan udang galah tadi langit mmg dah gelap dah)







Berkongsi tempat teduh dengan brader penduduk setempat bersama anaknye yang comei...







comei...









Pas ujan dah reda aboyNajun pun angkat tongkat dan meneruskan perjalanan.. benti topup minyak pokteh kat shell Jln. Melang Kuala Pilah..






Sekali kuning habis da....








Selepas topup minyak dan makan askem yang dibeli kat shell tersebut.. aboyNajun angkat tongkat dan meneruskan perjalanan.. kenderaan di laluan sebelum sampai bukit putus agak banyak dan kenderaan bergerak perlahan.. sedikit sebanyak merosakkan feel ride aboyNajun.. tapi apa nak buat... nak taknak perjalanan mesti diteruskan.. sampai kat senawang aboyNajun decide untuk melalui highway Lekas dan keluar melalui exit Kajang. Untuk pengetahuan korang itulah kali pertama aboyNajun melalui highway Lekas. hu..hu.. Alhamdulillah perjalanan lancar dan aboyNajun tongkat motor kat umah pada pukul 7.30 petang setelah sempat aboyNajun TTS kat mamak berdekatan ngan umah.. sekian...

Update: Pasal yang lampu F1 nyala tue rupa2nya mmg betui masalah sensor O2 yang tak dipasang pada ekzos setelah owner lame menukar eksoz standart kepada eksom tum..tum...tum.. Setelah modified dan memasang sensor O2 pada ekzos Alhamdulillah.. lampu F1 dah tak nyala sampai skang..

No comments:

Post a Comment