Friday 22 July 2011

Ride Jom Balik Kg Mersing Part 2

Assalam/Salam Sejahtera

Wasap Bro! Pada 9 Julai 2011, seperti yang telah dirancang aboyNajun telah angkat tongkat utk balik kg iaitu di Mersing. Kiteorang angkat tongkat dari umah lebih kurang pukul 8.00 pagi.. Ride kalinie agak terganggu disebabkan cuaca yang kurang memihak kepada kiteorang. Dimulai dengan hujan bermula ketika memasuki highway Cheras-Kajang hingga masuk ke highway utara selatan(Arah Selatan) kiteorang ditemani dengan hujan sehingga memaksa kiteorang tongkat motor jap di hentian sebelah Pedas-Linggi untuk berteduh.. Jom tgk gambo..






Mengenangkan nasib ketika berteduh di hentian sebelah Pedas-Linggi
lebih kurang dalam setengah jam berteduh kiteorang angkat tongkat dan teruskan perjalanan dikala hujan masih turun membasahi bumi.. Next tongkat motor kat hentian jejantas untuk sarapan lebih kurang 10.20 pagi. Menu utk sarapan kiteorang kalinie ialah nasi lemak.



Selepas perut telah diisi ngan sarapan kiteorang meneruskan ride dan lepasnie kiteorang akan tongkat motor di rumah makcik orang umah aku di Kluang utk menyinggahkan diri kat majlis pertunangan anaknya. Makan tghari dan lepak2 bersama sanak saudara org umah aku sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju iaitu kampung aku di Mersing. Alhamdulillah berjaya tongkat motor kat mersing lebih kurang kui 4.30 petang.







abang Lebab berposing ngan pokteh






Penghibur hati kuarge kiteorang kat rumah Mersing


Kalau korang mengikuti post aku mengenai ride jom balik kg Mersing part 1. Ada aku letakkan gambo papan tanda askem.. Kalinie aku der sertekan gambo askemnye plak... fuhh mmg best giler askem nie... diusahakan oleh mama n adik aku..





Lai..lai..lai... 20 sen satu...












Makan Pau kat hentian Pagoh..







Kiteorang angkat tongkat untuk balik KL pada hari ahad 10.7.2011.. alhamdulillah  perjalanan pulang kiteorang lancar dan dengan keadaan cuaca sangat ok.. Tongkat moto jap kat hentian Pagoh pada pukul 7.20. dan seterusnye topup minyak pokteh kat shell hentian Seremban. Selamat tongkat motor kat umah lebih kurang kui 10.00 malam.. sekian..

No comments:

Post a Comment