Tuesday 31 January 2012

Ride Jom Balik Kg JB (Cuti Raya Cine)

Salam/Salam Sejahtera...

Wasap Bro! 20.01.12, seperti yang diplan, aboyNajun balik kampung JB sempene raya cine dengan menaiki pokteh. Balik kije kiteorang bergegas balik umah utk bersiap.. Keadaan cuaca yang tak berapa nak cerah dari opis org umah aku membuatkan ati aku gundah gulana hu..hu.. Alhamdulillah semasa perjalanan pulang ke rumah, aku melihat langit yang menghala ke rumah aku semakin cerah.. aku ingat terselamat la.. rupe2nye awan berarak mendung mengekori dari belakang hu..hu.. Keputusan untuk balik kg dengan pokteh tetap teguh, angkat tongkat dari rumah lebih kurang kui 7.00 malam.. Bile masuk je Highway Cheras-Kajang lebih kurang 10 minit atas motor hujan pun turun.. Nasib baik barang2 dah masuk box siap2 so boleh redah je la... Alhamdulillah bile masuk je highway Utara-Selatan hujan keadaan cuaca bertambah ok dan alhamdulillah kiteorang selamat tongkat motor pada pukul kat 11.00 malam. Usya gambo jom....





Balik dari kije, pasang dulu side pannier siap2





Pokteh dah ready! aboyNajun??? on the way!!






Tongkat motor kat hentian Pagoh





Antara santapan kiteorang telur ayam kampung... untuk mengekalkan tenaga!!!! hu..hu....




Topup minyak pokteh kat hentian Machap...




KL-Machap lebih kurang                                      RM 21.01..








@ Tanjung Balau

Antara aktiviti kiteorang ialah menjoinkan diri dalam aktiviti perkhemahan keluarga akak ipar aku kat Tanjung Balau Kota Tinggi.. Sebenarnya akak ipar aku ajak last minit join die masa 21.01.2012 tue, pk punye pk kiteorang tak dapat nak join yerorang.. Keesokkan harinya barulah kiteorang datang menyibukkan diri.. kiteorang pi bawak mak mertua aku sekali.. so dah tentulah bukan naik poktehkan??. hu..hu.. aku pinjam kete adik ipar aku untuk pi ke Tanjung Balau.... dari JB kiteorang lalu highway Senai- Desaru, melalui highway tue akan melalui Jambatan Sg. Johor yang dipanggil jambatan huruf `A' oleh anak lelaki akak ipar aku..hu..hu.. lagi satu yang menarik perhatian aku kat highway baru nie ialah buat pertama kalinya aku melalui highway 2 lane single iaitu dari Cahaya Baru ke Penawar.. kiteorang datang lepak je tak tido kat sana pun, family akak ipar aku siap sambung lai satu hari tido kat sane...






Highway 2 lane single yang aku citer tadi





Ketika melalui Jambatan Sg. Johor





Jambatan huruf `A' yang digelar anak buah kiteorang...





Jambatan Sungai yang terpanjang di Malaysia!!! (gambo dicilok dari wikipidia)





Ajun n mak mertua aku sedang bersantai2





Ramai gak orang ber`camping' kat sini...





Parking kete penuh!






Pantai Tanjung Balau.....








Si Kakak...






Si Abang







Si Buyat!!







Aku sempat layan main layang2 beb... ha..ha..


























Masa aku balik tue kat JB musim hujan, hujan tak nentu.... nasib baik mak mertua aku prihatin ngan pokteh... yer siap sediakan kanvas utk pokteh... thanks mak!!








Tanglung Gong Xi Fa Chai bebetui landing kat tangga kat umah mak mertua aku..






Masa berlalu begitu cepat.... hari selasa 24.01.2012 kiteorang angkat tongkat untuk pulang ke KL. Gerak dari umah mak mertua aku lebih kurang kui 5.30 petang... ingat nak masuk highway terus... tah camne leh terpesong jalan jap pi menghala kat umah akak ipar aku untuk menjengah anak2 buah kesayangan kiteorang kat kempas hu..hu...... sampai2 umah akak ipar kiteorang dipelawa makan kat umah yer plak... so sementara nak tunggu akak ipar aku sediakan makan, kiteorang ambiklah kesempatan untuk melayan kerenah anak2 buah kesayangan kiteorang tue... lepas makan aku sempat membawa bebudak seround dua kat kawasan umah akak ipar aku sebelum angkat tongkat untuk ride pulang ke KL lebih kurang kui 7.00 malam. Tongkat motor jap kat hentian Pagoh utk topup minyak dan seterusnya kiteorg tongkat motor kat shell hentian seremban lebih kurang kui 9.45 mlm untuk rest dan basahkan tekak. Dan akhirnye lebih kurang kui 10.40 kiteorang berjaya tongkat motor kat umah.. Alhamdulillah.....






Shell kat hentian Seremban..





Serangga2 yang menemui ajal kat visor aku.. hu..hu..





Alhamdulillah selamat sampai depan umah...

Wednesday 18 January 2012

Bajet Tahun 2012 Utk Pokteh: Tayo Depan (Battlax BT 023)

Salam/salam sejahtera...

Tengahari semalam aku berjaya menukar tayo depan untuk pokteh... kalau mengikut perancangannya kat Bajet Tahun 2012 Utk Pokteh, aku nak sarung micelin PR2, org kat kedai moto tue pun dah siap keluarkan dah.. tinggal nak pasang je.. sementara tue aku berborak la dengan seorang bikers yang menunggang versys yang kebetulan nak menukar tayar belakang motonya.. die tukar tayo battlax 023..sebelum nie pun die pakai tayo yang sama gak.. aku sempat la sembang dengan die tentang kelebihan dan ketahanan tayo battlax 023 tersebut. Die cakap ok! tahan lama.. compound yang digunakan pun keras di tengah dan lembut di belah tepi (dual compound)... aku ada juga tanya kat die pasal tayo michelin PR2 aku dipahamkan pun PR2 pun tak kurang hebatnya, die cakap ok jugak.. cuma battlax lebih keras n tahan sket je daripada PR2 (pendapat bikers tue la) so lepas pk2 aku pun tuka pikiran untuk terus menggunakan tayo jenama Bridgestone cume aku upgred sket daripada Battlax 021 kepada battlax 023. dengan alasan lebih long lasting hu..hu...regenya RM 390 kat kedai moto K S Motor Jalan Ipoh... harap2 percaturan aku nie okla kot.. aku tuko tayo depan dulu.... ada gambo sket utk dikongsi..

Michelin PR2 (kiri) yang nyaris2 nak disarungkan kat pokteh. Manakala sebelah kanan pulak adalah tayo Michelin PR3 yang dikatakan stedy mengambil selekoh masa jalan basah.. Wallahualam....
p/s: cume rege yang memisahkan kalau tak aku mesti piley PR3!
Tayo baru pokteh! Bridgestone Battlax BT 023







Jambatan Batu "Bridgestone"











Noted:
Tayo lama pokteh Battlax 021 (depan) bertahan sehingga 17200km..

Friday 13 January 2012

Menjenggok Kawasaki er6n 2012 Di Kedai Motor

Salam/Salam Sejahtera....

Wasap Bro! Aku dah tgk Kawasaki er6n 2012 kat kedai motor.. tak rancang pun nak pi tgk secara kebetulan masa teman member opis aku menghantar motornya ke bengkel tadi... terpancar warna kekuningan er6n baru kat kedai motor sebelah seolah2 memanggil2 aku untuk menjenggoknya hu..hu..... jom aku belanja gambo..

















Thursday 12 January 2012

Misi Menyelamat Oleh Si Kechik...

Salam/Salam Sejahtera...

Alhamdulillah pagi tadi misi menyelamat member opis aku iaitu abg zahan yang rantai motonya putus berjaya dilaksanakan... dan moto berjaya di hantar ke bengkel...Jarak antara tempat rantai motor tersebut putus dengan bengkel yang hendak dituju boleh tahan juga jaraknya..  so perancangannya aku  akan menunda abg zahan dengan menolak motor die dengan  kaki.. tapi mmg failed.. aku tak berapa mahir menggunakan teknik tersebut lelebih lai jalan yang bakal dilalui agak berbukit dan sempit... so tukar orang plak.. abg zahan naik si kechik menunda aku plak yang menunggang motor die yang rosak.... hampir berjaya tapi macam aku cakap tadi jalan agak sempit dan berbukit.. So nak taknak aku ngan abg zahan bergilir2 menolak motor sampai atas bukit dan kerja2 menunda motor menjadi mudah apabila mula menuruni bukit... Alhamdulilah akhirnya sampai juga kiteorang bengkel yang hendak dituju..





Rantai yang terkucil





sampai `tergeliat' rantainya...





Mungkin disebabkan rantai yang kendur dan sporket yang dah tajam..




 rehat jap selepas terpaksa menolak motor






Hah inilah si kechik aku...





abang zahan dan motornya..





 sporket depan+sporket belakang+rantai= RM 60





kerja-kerja merawat moto abg zahan