Thursday 12 January 2012

Misi Menyelamat Oleh Si Kechik...

Salam/Salam Sejahtera...

Alhamdulillah pagi tadi misi menyelamat member opis aku iaitu abg zahan yang rantai motonya putus berjaya dilaksanakan... dan moto berjaya di hantar ke bengkel...Jarak antara tempat rantai motor tersebut putus dengan bengkel yang hendak dituju boleh tahan juga jaraknya..  so perancangannya aku  akan menunda abg zahan dengan menolak motor die dengan  kaki.. tapi mmg failed.. aku tak berapa mahir menggunakan teknik tersebut lelebih lai jalan yang bakal dilalui agak berbukit dan sempit... so tukar orang plak.. abg zahan naik si kechik menunda aku plak yang menunggang motor die yang rosak.... hampir berjaya tapi macam aku cakap tadi jalan agak sempit dan berbukit.. So nak taknak aku ngan abg zahan bergilir2 menolak motor sampai atas bukit dan kerja2 menunda motor menjadi mudah apabila mula menuruni bukit... Alhamdulilah akhirnya sampai juga kiteorang bengkel yang hendak dituju..





Rantai yang terkucil





sampai `tergeliat' rantainya...





Mungkin disebabkan rantai yang kendur dan sporket yang dah tajam..




 rehat jap selepas terpaksa menolak motor






Hah inilah si kechik aku...





abang zahan dan motornya..





 sporket depan+sporket belakang+rantai= RM 60





kerja-kerja merawat moto abg zahan










2 comments:

  1. Tahniah bro..sukar jugak nak menunda nie sebenarnya. Pengalaman melihat adik aku menunda motor cub naik bukit sebelum terowong Menora di Ipoh..perit beb..

    ReplyDelete
  2. itulah bro... aku teringat jugak cerita bro masa menjelajah semenanjung tempohari...

    ReplyDelete