Friday 19 April 2013

Pekena Mee Udang Mak Jah

Salam/Salam Sejahtera...

16.04.2013 haritue pas amik ajun balik kije, ajun blanje aku makan mee udang Mak Jah kat Cawangan Wangsa Walk@ Wangsa Maju. Sebenarnya ini kali ketiga aboyNajun pi tempat ni utk merasa mee udang Mak Jah nie. Dua kali kiteorang pi kedainya bertutup. Alhamdulillah kali ketiga nie akhirnya ader rezeki aku utk merasa mee udang  yang femes kat Kuala Sepetang nie. Nak pi Kuala Sepetang tak sampai2 dapat merasa mee udang kat Wangsa Walk pun jadilah... hu..hu...













Cube try test tgk mee udang special apa rasa..




Part nak kupas kulit udang paling malas.. nasib baik ada pembantu hu..hu...

Thanks ajun coz blanje makan mee udang Mak Jah! rasa mee udang nie mmg boleh tahan la... yang pastinya udang die mmg segar..

P/s: rasanya kedai nie akan tutup sekiranya stok udang segar habis Wallahualam, pepun korang tryla call no diatas utk maklumat lanjut...

Wednesday 10 April 2013

Tukar Air Filter Blinky (4.4.2013)

Salam/Salam Sejahtera...

4.4.2013 aritue aku bawak motor Jaguh kesayangan aku yang diberinama Blinky untuk pi servis. Kalau korang mengikuti post2 aku yang lepas kat tongkatmotor nie yang tak pernah aku menceritakan pasal Blinky nie. Takpela nanti kalau ader rezeki aku kenalkan korang dengan si Blinky aku nie.. Petang tue aku bajet untuk tuko minyak hitam + Oilfilter dengan Airfilter sekali memandangkan dah berapa lama aku tak usya air filter si blinky nie... tah apa jadi la kan.... Alangkah terkejutnya aku melihat keadaan Air filter Blinky... hu..hu... kejam betuila aku nie... dah naik hancur air filternye.. rasanya makan tahun jugaklah aku tak pernah tukar. padahal kalau tukar pun takder la mahal sangat pun. cume aku terlepas pandang nak tukar. so aritue aku terus tukar cuma air filter yang ori takde pulak jual kat bengkel tue, aku masuk yang local punye setelah usya kualitinya agak ok. Lepas nie Insyallah aku akan lebih peka kepada blinky sebab selagi hayat di kandung badan aku akan menjaga si blinky kesayangan aku nie chewaaaah..








Hancur Bederai air filter nye....

Menjenggok Kawasaki Ninja 250 (2013) Kat Kedai Motor

Salam/Salam Sejahtera..

Aritue masa aku bawak si kechik tukar brake pad. sempat jugaklah menjenggok Kawasaki Ninja 250 (2013) kat kedai moto bersebelahan. Moto nie yang skang banyak digunakan oleh PDRM sebagai motosikal peronda. kalau tgk dari depan motor nie iras2 Kawasaki ZX6 2013 yang mana designnya asalnya diambil dari model ZX10 2011-2013. banyak beza kalau nak dibandingkan Ninja 250 (2013) dengan Ninja 250 tahun2 sebelumnya  jom usya gambo..





















Motor peronda Polis yang menggunakan model Ninja 250.

Wednesday 3 April 2013

Ride Jom Balik Kg Mersing Sambil Test Tayar Belakang Baru (PR3) Hu..Hu..

Salam/Salam Sejahtera...

Wasap Bro! 29.3.2013 aboyNajun pas kije, baliik umah bungkus2 barang pastu lebih kurang kui 7.40 malam cargas angkat tongkat utk ride balik Kg. Mersing. Tujuan kiteorang balik kg kalinie sebab nak membantu ayah n mama aku clearkan barang2 kat dapur umah untuk melancarkan projek mega org tua aku iaitu projek besarkan dapur umah hu..hu...org tua aku sebenarnya dah lama sangat berhajat akan nak besarkan dapur. Macam2 rintangan dan dugaan yang terpaksa diaorang hadapi. Alhamdulillah,  projek tersebut telahpun bermula dan aku doakan agar impian mereka tercapai amin..

Okla berbalik kepada  citer ride.. Selepas kiteorang menyelusuri jalan yang agak sesak dekat highway Seremban, kiteorang tongkat motor utk makan n rest kat Hentian Ayer Keroh.


Selepas selesai, kiteorang angkat tongkat utk meneruskan perjalanan. Perjalanan agak lancar malam tue, prestasi sebenar tayar baru pokteh masih belum teruji lagi. Sesakali kegelapan malam di terangi dengan cahaya guruh dari langit adakah malam tue kiteorang akan bermandikan hujan?. Jawapannya Ya hu..hu..dalam beberapa KM lagi nak sampai Hentian Pagoh kiteorang dibasahi hujan, aku tongkat motor utk topup minyak pokteh kat Hentian Pagoh. Hujan tak menunjukkan tanda2 nak reda.. aku buat keputusan utk meneruskan perjalanan disebabkan taknak melalui laluan Kluang-Mersing lewat malam sangat. Korang yang pernah melalui jalan tersebut memalam korang tau la hu..hu..

Lepas je keluar dari Hentian Rehat Pagoh, Hujan turun dengan sangat lebat! bayangkan betapa lebatnya hujan tersebut sampai semua kereta nyalakan hazard light. Kalinie tayar baru PR3 pokteh benar2 diuji. Sekali sekala terpaksa melalui lopak air kat highway. Alhamdulillah... betullah bagai dikata.. tayar PR3 nie cemerlang melalui jalan basah. tak rasa goyang pun.. tak taula mungkin sebab aku pun tak speed sebab peglihatan terbatas kerana hujan lebat serta jalan yang licin tapi mmg berpuas hatilah dengan tayar baru pokteh nie. Kiteorang redah hujan sehingga sampai ke exit Yong Peng. Alhamdulillah setelah menempuh hujan lebat pokteh masih steady utk berbakti kepada aboyNajun. Keluar exit Air Hitam lebih kurang kui 11.30. Kat jalan Air Hitam- Kluang semasa dalam perjalanan ader roadblock polis, kiteorang diarah utk ketepi, sesambil abam polis tue check pokteh, Lesen n IC aku, die tanya memacam pasal motor besor, berhajat nak beli la tue kot... pas semuanye ok.. kiteorang angkat tongkat utk meneruskan ride.. tongkat motor jap kat shell kluang utk pi toilet. Lepas tue perjalanan diteruskan dan sekali lagi tayar PR3 pokteh diuji utk meratah secara kecil-kecilan corner jalan Kluang-Mersing.. mmg best pakai tayar nie... Insyallah kalau tiba masanya dapat pakai tayar depan PR3 nanti bile tayar depat bt023 aku dah botak lagi best kot. Alhamdulillah lebih kurang kui 1.00 Pagi, kiteorang selamat tongkat motor kat umah mersing..

30 Mac 2013 

Operasi  mengemas dan mengalihkan barang2 dari dapur.. alhamdulillah kiteorang dapat menolong apa yang termampu.. tak sabar nak tgk projek mega dapur baru orang tua aku nie siap hu..hu..

Cuaca di Mersing tersangatlah panas... so mmg terbaiklah untuk menjemur kasut n riding gear yang basah semalam...







Slider yang baru pasang kat pokteh












Tayar baru pokteh Michelin PR3

31 Mac 2013

Lebih kurang 12.20 kiteorang angkat tongkat untuk pulang ke KL. Cuaca dan bahang panas mengiringi ride kiteorang.. Lebih kurang pukul 1.15 petang kiteorang sampai kat Kluang. Kat Kluang nie kiteorang ader port baik utk rest n isi perut iaitu kat Kluang RailCoffee. Kluang RailCofee nie amat popular di Kluang. kedai kopi nie terletak kat stesen keretapi Kluang dan cawangan nya terletak kat Jalan Manggis dan yang terbaru di Jalan Tasik . Setibanya di stesen keretapi Kluang  kedai kopi tu cam tutup la pulak. Sebenarnya aku lebih feel pi kat kedai kopi yang asal kat stesen keretapi ni.. tapi apa nak buat kedainya tutup. Kiteorang mencuba nasib utk pi kat cawangannya kat Jalan Manggis. Alhamdulilah.. nasib baik buka.. Tongkat motor kat sini lebih kurang kui 1.30 Petang.






 pokteh dapat parking redup






Roti nie mmg best geng!





Settle!







Masa nak bayar sempat bertanyakan kenapa kedai yang kat Stesen Keretapi tutup. rupa-rupanya kat sana ada waktu rehat iaitu pada pukul 12.00 hingga 2.30 petang..Dalam kui 2.00 ptg kiteorang angkat tongkat utk meneruskan perjalanan. Alhamdulillah cuaca agak baik walaupun sangat panas. Hentian seterusnya kiteorang tongkat motor kat RNR Ayer Keroh. Thanks kat ajun sebab blanje makan askem yang best..










 beratur beb! nak beli askem..

 


Lepas settle makan askem... kiteorang tongkat motor jap kat Petronas Ayer Keroh utk topup minyak pokteh.. Dalam kui 4.00 kiteorang angkat tongkat utk meneruskan ride. Hujan turun  ketika melalui Hentian Seremban, Alhamdulillah, setelah beberapa jam kiteorang kepanasan atas motor, dapatlah kiteorang menyejukkan badan sket. Kiteorang berhujan sehingga Nilai. Alhamdulillah lebih kurang kui 6.15 petang kiteorang selamat tongkat motor kat umah.. Syukur...

Sekian...





Monday 1 April 2013

Tuko Tayo Belakang, Brake Pad dan Servis Pokteh (29.03.2013)

Salam/Salam Sejahtera....

Setelah tersungkur kat Jalan Tun Razak, rujuk sini,  keesokkan harinya aku bawak pokteh pi bengkel utk tuko tayo belakang..Selepas merasa Battlax 023, kalinie aku berkire2 nak try PR2. Tapi stock boleh takde plak. kebetulan ada rider yang pakai tayar PR3 kat situ, die syorkan sebab die kate tayar PR3 best dan lebih tahan lama dari Battlax 023, aku pun kasi pasangla tayar belakang PR3. memandangkan brake pad belakang pun dah nipis aku pun tuko sekali.. plan nak pakai brake pad daytona. tapi tokey bengkel suh aku cube brand Newfren lagi cengkam dari Daytona katanya.. so aku pun tryla jenama Newfren untuk brake pad belakang. Alang2 dah kat bengkel dan masa utk servis pun nak sampai, aku tuko sekali minyak itam n oil filter pokteh..lagipun petang tue pas balik kije aboyNajun nak ride balik kampung Mersing. Sambil menunggu pokteh di servis aku dok usya2 pokteh tgk kesan calar akibat tersungkur kat jalan Tun razak semalamnya... tetiba aku rase nyesal tak pasang slider utk pokteh sebelum2 nie.. hmmm nasib baik kesannya tak berapa banyak. Pk punye pk las2 aku nekad pasang slider sekali hari tue.

Kos Keseluruhan:

Minyak Hitam Sikolene Comp 4 (Ride)- RM 35 x 2 botol= RM 70
Oil Filter Kawasaki= RM 45
Tayar PR3 size 160 (Belakang)= RM 530
Brake Pad Newfren (Belakang)= RM 70
Slider+Braket= RM 200

Jumlah: RM 915



















Nota: 1) Tayar Belakang BT 023 bertahan sehingga 22,010 KM
          2) Brake Pad Daytona (Belakang) bertahan sehingga 8,444 KM