Sunday 31 March 2013

Tersungkur Kat Jalan Tun Razak...

Salam/salam sejahtera..

28/3/2013- Dalam perjalanan dari opis nak amik ajun balik kije...Hujan sangat lebat masa tue... aku ride dengan kelajuan sederhana dalam 65KM/J. Tetiba kereta depan aku brake emergency disebabkan kerete yang didepannya tukar lane sesukahati bapak die. Dalam masa yang sama aku dah terlalu hampir dengan kereta yang brake emergency tue. aku pun ape lagi brake emergency jugaklah..disebabkan jalan yang licin kerana hujan lebat dan tayo blakang pokteh yang dah tak berapa nak ada bunga aku tak dapat mengawal pokteh sebab tayo blakang slide dan jatuh bebetui kat belakang kereta tue. mmg sket lagi nak hentam kereta kat depan aku tue... kat belakang aku ada lori 1 tan. dah jatuh tue aku boleh tak terdaya nak angkat pokteh... lutut gigil beb hu..hu.. melihat aku yang terkial2 nak angkat pokteh, brader kelindan lori yang kat belakang menolong aku mengangkat pokteh sambil berkata ` abang ok? sket lagi kiteorang nak langgo abang'. dalam hati aku bersyukur kerana takde kecederaan yang serius dan bersyukur kerana tak dilanggar dengan kenderaan lain dari belakang..Kereta depan yang aku hampir nak langgo terus belah bodoh je... Pepun thanks kepada brader kelindan lori tue kerana telah menolong aku..jom usya gambo kecederaan pokteh... sedih tue mmg sedih... tapi masih bersyukur sebab sempat brake dari merempuh belakang kereta tue.. kalau tak kecederaan pokteh lagi parah!
















tongkatmotor p/s:  Hati2 menunggang korang! tak kirelah moto kecik ke beso.. kita ibarat mentimun.. dieorang durian....

2 comments:

  1. Memang sakit hati bila ada orang tukar lane sesuka hati..kadang-kadang bagi signal terus masuk..kadang tu pulak langsung tak bagi signal. Masalahnya jalan tengah kering ok lagi. Ni tengah hujan, memang perangai tak munasabah.

    Apapun bro takziah. Semoga cepat sembuh dari kecederaan dan dapat modal yang mencukupi untuk baiki motor..

    ReplyDelete
  2. Betul tue! kadang2 kite yang dah berhati2 pun orang lain punye hal kite jugak yang kene... pepun thanks!

    ReplyDelete