Wednesday 27 February 2013

INFO Untuk Bikers - Motor Singapore/Thai

Salam/Salam sejahtera...

Anda mengidam nak pakai moto beso? pastu nak beli murah2 yang dari luar negara cam Singapura n Thailand? Aku ada info berguna yang aku copy n paste dari Pielangbikers.com untuk dikongsi bersama... jom usya..

INFO BERGUNA utk bikers..just share...:-)
Baca hingga habis utk diri anda dan rakan taulan..
Untuk pengetahuan semua

Kerajaan Malaysia TIDAK pernah mengeluarkan AP untuk ASEAN COUNTRY
Jadi sebarang pembelian kenderaan dari Singapore, Thailand, Brunei,Indonesia, adalah tidak sah......Sepanjang sy menyertai Kelab Motosiakal Kastam selangor ....Telah banyak motosikal singapore yang mereka rampas....yang kena tahan dan denda sbnyk rm 5k......Semua kenderaan Singapore/Thailand yang di beli oleh rakyat malaysia adalah menyalahi undang2 Malaysia.....Untuk lebih menyakin kan tuan2 sekelian...eloklah pergi kemana mana pejabat kastam seluruh malaysia......dan tanyakan pada mereka mengenai pembeliaan kenderaan dari Singapore....
Fikirlah sebelum melabur wang yang banyak...jangan nanti untung secupak rugi segantang...

kedua:

Langkawi n Simgapore adelah berbeza....Langkawi adalah sebahagian malaysia....yang boleh bawak kat Semenanjung selama 3 bulan tu adalah penduduk Langkawi....tp lps 3 bulan di kena masuk balik ke Langkawi....Ini boleh di buat dlm setahun. Kalau kita duk kat semenanjung boleh beli keta langkawi..tp kena la pakai alamat langkawi...lps 3 bulan kena masuk balik Langkawi.

Yang kes Kenderaan Singapore (kereta/motor).....Rakyat Malaysia boleh beli kenderaan Singapore....kerajaan Singapore x der masaalah....asalkan document cukup bg pihak Singapore.....Lepas beli kita nk bawak masuk Malaysia kena lalu kat Kastam....Kastam akan tanya mana AP. AP ni hanya boleh diperolihi d MITI (kementrian perdagangan)....Kalo x der AP..maka kastam akan rampas kenderaan tersebut.....pembeli akan ditahan dan dikompaun sebanyak rm 5,000.00 atau sekiranya di bawa ke mahkamah maka dendanya ada lah 20kali harga kenderaan tersebut. Kalau kita pegi ke kementerian perdagangan dan nk mintak AP...lupakan saja....AP hanya di keluarkan pada i). Pelajar yang belajar di luarnegara.....ii) pekerja yang bekerja di luar negara.... iii) Syarikat pengimpot kenderaan....Kalau kita saje2 nk mintak AP sbb nk beli kenderaan Singapore....LUPERKAN.

Kes motor singapore yang berlambak2 kat malaysia ceritanya cam ni...

Rakyat Singapore adalah digalakkan melupuskan kenderaan selepas 5tahun....kenderaan yang lebih 5 tahun tp jika masih hendak di gunakan maka insuren nya terlalu tinggi....boleh mencapai 500%. Jadi mereka terpaksa melupuskan kenderaan tersebut....dan membeli kenderaan baru yang mana kenderaan baru tersebut akan diberi rebet.oleh kerajaan mereka...dah la motor dia orang murah....dapat ribet pulak...Jadi lebih menguntungkankalu dia orang lupuskan kenderaan tersebut.....

Jadi...dengan kesempatan ini ada satu sendikit di Jb buat bisnes dengan membeli kenderaan ni dan jual di Malaysia......Caranya.....Sendikit ni akan menghubungi rakyat singapore nk nak jual kenderaan yang dah dilupuskan dengan harga yang amat murah.....rakyat singapore ni akan bawak masuk Malaysia kenderaan ni..dn jual pada sendikit.....

Sendikit ni akan membuat document palsu (Document asal telah di ambil oleh kerajan Singapore.)...Dan jual pada kita....Pernah terjadi pada seorang kawan sy yang beli moto Singapore....selepas beli beliau pegi Singapore ...Semasa nak melepasi kastam Singapore...dia kenatahan oleh kastam Singapore.....Kesalahannya adalah memiliki motosikal yang telah tidak ujud di Singapore. Beliau kena tahan semalam dn di denda sebanyak 2,500.00sing...motor kena rampas.

yang beli moto Singapore n duk Kat Malaysia......Kastam malaysia sentiasa mengadakan operasi mencari kereta/moto singapore......maklumat yang saya terima dari kastam...sesiapa yang boleh memberi maklumat hingga tertangkapnyer kenderaan singapore...maka pemberi maklumat tu akan memperolihi 10% dari harga lelong kenderaan tersebut....sbb tu dia orang yang beli moto s,pore ni akan bertempiaran lari kalau nampak skuad pencegah kastam.....mengapa dia org lari?......sbb mereka tau mereka beli secara haram.

Secara logiknye....Kalau benarlah moto singapore boleh digunakan secara sah dn didaftarkan di Malaysia maka x kan ada kedai2 motosikal sbk di malaysia...nk wat aper beli R1 70/80k..sedangkan kalu beli mtr singapore cumer 30/40 k saja....Pikir2kan lah....Wassallam.


P/s: Diharapkan memana bikers yang telahpun membeli moto dari negara jiran yang tidak sama sekali bersetuju dengan kenyataan ini silalah komen untuk pencerahan dan info kepada rakan yang lain.

Ride Kerja Ke Cherating (Part III)

Bersambung dari part I dan II..

 19.02.2013

Salam/salam sejahtera....

6.30 pagi- Yeahhhh pagi2 bute nie kiteorang ada misi yang tertunda semalam.... Alhamdulillah pagi nie tak hujan cuma ada rintik2 hujan sesket. Itu semua tak melemahkan semangat kiteorang untuk meneruskan misi iaitu utk memetik gambo sunrise. Moga2 harinie aderla rezeki kiteorang..





Ajun setia menanti sunrise



Masanie sunrise dah nak kuar dah.... tapi pagitue kiteorang masih takde rezeki nak tgk sunrise sebab terlindung dengan awan tebal. 



Pepun penantian kiteorang pagi tue mmg berbaloi sebab pagi tue kiteorang masih dapat melihat keindahan ciptaan Allah.. Subhanallah..





Lepas tamat sesi memetik gambo, kiteorang terus pe sapan.. lepas sapan aku bersiap utk pi ke mesyuarat yang dirancang pada hari tersebut. Waktu minum pagi semasa mesyuarat, aku mengambil kesempatan untuk membawa pokteh berposing..




Selepas berakhirnya meeting pada tengahari maka tamatlah program yang dirancang oleh opis aku, kiteorang pun bersiap2 utk pulang ke KL.


Dalam kui 1.15 petang kiteorang angkat tongkat untuk pulang ke KL.  Keadaan cuaca agak ok cuma awan mendung ketika melalui Maran. Lebih kurang kui 2.45 petang kiteorang tongkat motor kat Hentian Temerloh. Hajat hati nak merasa ikan patin kat situ tapi apakan daya hentian di tutup sementara sebab kerja2 pemeriksaan kebersihan. Kiteorang tongkat motor kat Shell Termerloh untuk rest2 n topup minyak pokteh..





 Tak dapat ikan patin, askem pun jadiklah hu..hu...






Tempat kiteorang rest sesambil makan askem..

Lebih kurang kui 3.20 ptg. kiteorang angkat tongkat untuk teruskan ride..Perjalanan lancar dan cuaca ok Alhamdulillah. Kitorang singgah makan durian kat gerai buah2an yang sebelum exit Bentong, gerai nie merupakan gerai pebret kiteorang ketika melalui jalan ini.



lepas pekene sebiji... (durian tak berape best sangat sebab dah hujung2) kiteorang angkat tongkat utk meneruskan ride.. kiteorang dimandikan hujan ketika melalui Bukit Tinggi sehingga membawa kepada Tol Gombak. Alhamdulillah kiteorang selamat tongkat motor kat umah  pada pukul 5.02 Petang.

Sekian....

Tuesday 26 February 2013

Ride Kerja Ke Cherating (Part II)

Bersambung dari Part I..

Lepas sesantai kat Pantai Cherating kiteorang pun menuju ker Suria Beach Resort Cherating utk check in...





Alhamdulillah.. Pokteh dpt tempat tongkat yang best.







Aku antara peserta terawal yang sampai sebab kebanyakan kakitangan bahagian aku yang lain datang dengan bas yang disediakan. Rest2 n solat sebelum aboyNajun keluar ke pantai yang berada di resort utk memetik gambo..









Penduduk setempat memancing..







Kakitangan Bahagian aku beriadah petang main bola tampar pantai n mandi kolam.


Malam tue lebih kurang kui 8.30 mlm kiteorang ada Mesyuarat Bahagian sehingga kui 10.30 mlm sebelum bersurai..


18.02.2013

Awai pagi lepas solat subuh kiteorang dengan semangatnya bangun untuk memetik gambo sunrise sebelum pi sapan.. tapi keluar2 bilik tgk hujan plak...hu..hu.. takde rezeki pagi tue.. camne bleh tak perasan pagitue hujan...

8.30pg-4.00ptg aku menghadiri meeting/perbincangan seperti yang dijadualkan. Hujan dari pagi membawa ke petang. kalau ikutkan waktu petang ada acara teambuilding...Kalau hujan maknanya acara teambuiding yang dirancang oleh pihak urusetia terpaksa digantikan dengan game indoor yang lain.Alhamdulillah akhirnya hujan benti dan memberi peluang kepada kiteorang utk mengikuti acara teambuilding yang telah dirancang.

aktiviti2 team building yang diadakan pada petang tue..





Game ala-ala explorace...




Syok gak main terompah gergasi nie...





Kaki tiga...




 Lari dalam guni




Tarik tali... (nak terputus usus aku ha..ha..)




Acara wajib dari tahun lepas... tangkap belon pakai tuala






Alhamdulillah game petang tue berjalan lancar dan seronok tanpa ada perkara yang tidak diingini...ajun ditugaskan untuk mengambil gambo pada petang tue. Pada sebelam malam adalah acara yang ditunggu2 iaitu BBQ. Tema pada malam tersebut adalah hawaiian... ada sesi peyampaian hadiah n sesi karaoke.














mmg seronok malam tue dengan melayan gelagat2 orang opis aku yang sporting... acara abis dalam kui 11.30PM.  mata pun dah ngantuk..... balik bilik tido....

bersambung....

Sunday 24 February 2013

Ride Kerja Ke Cherating (Part I)

Salam/Salam Sejahtera....

Pada 17-19 Februari haritue aku ride ke Cherating untuk menghadiri Mesyuarat Penilaian Semula Bahagian aku bagi tahun 2013. Mesyuarat tersebut akan diadakan di Suria Beach Resort Cherating. Kalau tahun lepas aku bermesyuarat kat PD Santuary Apartment & Training Camp,  Port Dickson. Sila usya kat sini dan sini untuk Ride Kerja ke PD tahun lepas. Ride kalinie aku ditemani oleh Ajun. Kiteorang angkat tongkat dari umah kui 8.00 Pagi. Ride kali nie kiteorang akan melalui Lebuh Raya Pantai Timur untuk menghala ke Cherating. aku jangkakan ride kalinie kiteorang terpaksa meredah hujan kerana almaklumla skang mmg musim die. Jom usya gambo..




Tongkat motor jap kat Hentian Genting Sempah lebih kurang kui 9.00 Pagi.

Selepas siap sapan, kiteorang angkat tongkat untuk meneruskan perjalanan, Alhamdulillah cuaca pagi tue cantik cume hujan gerimis sket kat Maran. Kiteorang stop utk rest n topup minyak kat Petronas di Hentian Gambang. Beberapa KM sebelum sampai kat Hentian Gambang keadaan jalan agak basah selepas hujan. Sedang kiteorang rest kat Petronas, hujan telah turun semula.






Minum n rest kat Petronas Gambang.







Agak2 hujan dah reda kiteorang angkat tongkat untuk meneruskan perjalanan lebih kurang kui 11.15. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa kiteorang meredah hujan. cuma keadaan jalan je yang basah selepas hujan. Kui 11.45  kiteorang dah sampai ke exit Jabor dan terus menghala ke Cherating melalui Jalan Kemaman. Dalam lebih kurang 30KM dari tol Jabor kiteorang dah jumpe simpang ke Suria Beach Resort kat sebelah kanan, alang2 dah lalu jalan kemaman tue kiteorang terus lajak lebih kurang 5 KM  ke Telok Mak Nik, Kemaman untuk pekene satar n otak2. Tongkat motor kat warung otak2 lebih kurang kui 12.20 tghari.


















Selepas perut kenyang melantak satar, otak2 n kopok lekor, kiteorang plan untuk reronda kat Pantai Cherating. Untuk ke Pantai Cherating, kiteorang kene berpatah balik lebih kurang 10 KM. Untuk makluman korang, hotel tempat kiteorang nak tuju iaitu Suria Beach Resort berada di tengah2 antara Telok Mak Nik,Kemaman dan Pantai Cherating. Sebelum tue singgah jap kat Shell jap utk pi toilet n topup minyak pokteh.




Tiba di Kawasan Pantai Cherating, Tongkat Pokteh kat bawah pokok.




Tetengok Cenderahati yang berkenan di hati..




Pokteh jeles tgk kiteorang pi soping cenderahati hu..hu..




 Pantai Cherating...







Bersambung.......