Wednesday, 27 February 2013

INFO Untuk Bikers - Motor Singapore/Thai

Salam/Salam sejahtera...

Anda mengidam nak pakai moto beso? pastu nak beli murah2 yang dari luar negara cam Singapura n Thailand? Aku ada info berguna yang aku copy n paste dari Pielangbikers.com untuk dikongsi bersama... jom usya..

INFO BERGUNA utk bikers..just share...:-)
Baca hingga habis utk diri anda dan rakan taulan..
Untuk pengetahuan semua

Kerajaan Malaysia TIDAK pernah mengeluarkan AP untuk ASEAN COUNTRY
Jadi sebarang pembelian kenderaan dari Singapore, Thailand, Brunei,Indonesia, adalah tidak sah......Sepanjang sy menyertai Kelab Motosiakal Kastam selangor ....Telah banyak motosikal singapore yang mereka rampas....yang kena tahan dan denda sbnyk rm 5k......Semua kenderaan Singapore/Thailand yang di beli oleh rakyat malaysia adalah menyalahi undang2 Malaysia.....Untuk lebih menyakin kan tuan2 sekelian...eloklah pergi kemana mana pejabat kastam seluruh malaysia......dan tanyakan pada mereka mengenai pembeliaan kenderaan dari Singapore....
Fikirlah sebelum melabur wang yang banyak...jangan nanti untung secupak rugi segantang...

kedua:

Langkawi n Simgapore adelah berbeza....Langkawi adalah sebahagian malaysia....yang boleh bawak kat Semenanjung selama 3 bulan tu adalah penduduk Langkawi....tp lps 3 bulan di kena masuk balik ke Langkawi....Ini boleh di buat dlm setahun. Kalau kita duk kat semenanjung boleh beli keta langkawi..tp kena la pakai alamat langkawi...lps 3 bulan kena masuk balik Langkawi.

Yang kes Kenderaan Singapore (kereta/motor).....Rakyat Malaysia boleh beli kenderaan Singapore....kerajaan Singapore x der masaalah....asalkan document cukup bg pihak Singapore.....Lepas beli kita nk bawak masuk Malaysia kena lalu kat Kastam....Kastam akan tanya mana AP. AP ni hanya boleh diperolihi d MITI (kementrian perdagangan)....Kalo x der AP..maka kastam akan rampas kenderaan tersebut.....pembeli akan ditahan dan dikompaun sebanyak rm 5,000.00 atau sekiranya di bawa ke mahkamah maka dendanya ada lah 20kali harga kenderaan tersebut. Kalau kita pegi ke kementerian perdagangan dan nk mintak AP...lupakan saja....AP hanya di keluarkan pada i). Pelajar yang belajar di luarnegara.....ii) pekerja yang bekerja di luar negara.... iii) Syarikat pengimpot kenderaan....Kalau kita saje2 nk mintak AP sbb nk beli kenderaan Singapore....LUPERKAN.

Kes motor singapore yang berlambak2 kat malaysia ceritanya cam ni...

Rakyat Singapore adalah digalakkan melupuskan kenderaan selepas 5tahun....kenderaan yang lebih 5 tahun tp jika masih hendak di gunakan maka insuren nya terlalu tinggi....boleh mencapai 500%. Jadi mereka terpaksa melupuskan kenderaan tersebut....dan membeli kenderaan baru yang mana kenderaan baru tersebut akan diberi rebet.oleh kerajaan mereka...dah la motor dia orang murah....dapat ribet pulak...Jadi lebih menguntungkankalu dia orang lupuskan kenderaan tersebut.....

Jadi...dengan kesempatan ini ada satu sendikit di Jb buat bisnes dengan membeli kenderaan ni dan jual di Malaysia......Caranya.....Sendikit ni akan menghubungi rakyat singapore nk nak jual kenderaan yang dah dilupuskan dengan harga yang amat murah.....rakyat singapore ni akan bawak masuk Malaysia kenderaan ni..dn jual pada sendikit.....

Sendikit ni akan membuat document palsu (Document asal telah di ambil oleh kerajan Singapore.)...Dan jual pada kita....Pernah terjadi pada seorang kawan sy yang beli moto Singapore....selepas beli beliau pegi Singapore ...Semasa nak melepasi kastam Singapore...dia kenatahan oleh kastam Singapore.....Kesalahannya adalah memiliki motosikal yang telah tidak ujud di Singapore. Beliau kena tahan semalam dn di denda sebanyak 2,500.00sing...motor kena rampas.

yang beli moto Singapore n duk Kat Malaysia......Kastam malaysia sentiasa mengadakan operasi mencari kereta/moto singapore......maklumat yang saya terima dari kastam...sesiapa yang boleh memberi maklumat hingga tertangkapnyer kenderaan singapore...maka pemberi maklumat tu akan memperolihi 10% dari harga lelong kenderaan tersebut....sbb tu dia orang yang beli moto s,pore ni akan bertempiaran lari kalau nampak skuad pencegah kastam.....mengapa dia org lari?......sbb mereka tau mereka beli secara haram.

Secara logiknye....Kalau benarlah moto singapore boleh digunakan secara sah dn didaftarkan di Malaysia maka x kan ada kedai2 motosikal sbk di malaysia...nk wat aper beli R1 70/80k..sedangkan kalu beli mtr singapore cumer 30/40 k saja....Pikir2kan lah....Wassallam.


P/s: Diharapkan memana bikers yang telahpun membeli moto dari negara jiran yang tidak sama sekali bersetuju dengan kenyataan ini silalah komen untuk pencerahan dan info kepada rakan yang lain.

7 comments:

  1. Tips Membeli Motorsikal
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/tips-membeli-motorsikal.html

    ReplyDelete
  2. ini blog ada bangang sikit..selidik dlu betul2, kita dah main lama benda ni tau mcm mna selok belok nya..jgan nak hentam sja.. tau la hang byak duit boleh byar cukai kat malaysia ni..bgi cust bkan rakyat biasa sja ada beli, pgawai awam, dato, vip ada trut pkai juga kenderaan mcm ni..hnag nak support cukai bodoh kat malaysia ni support la jgan nak burukkan org yg nak cri tepi pya, hidup sementara sja, biar la org lain merasa juga pkai kenderaan mewah mcm ni. sampai bila2 pun rakyat malaysia cuma dpat pkai proton dan produa sja la jwapnya.. jual kat negara sendiri mhal.. jual kat luar pya murah dan kualiti di jaga..kat malaysia?? Habuk!! baru kluar kedai aircond rosak la, cermin x boleh naik la.. itu la ini la.. HABUKKKK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh terang kn cmne? Berminat

      Delete
    2. Mcm biasa laa, cabut lari dari kastam.

      Delete
  3. Kereta malaysia salah satu cukai yang tinggi, Malaysia negara kedua import kereta recond. Kenapa kereta Malaysia mahal.Jadi salah siapa. Pakai sampai reput, tak mampu tukar kereta. Ada kereta malaysia mahal dan low quality. Fikir2 lah

    ReplyDelete
  4. setakat yg saya phm.. moto kereta singapore.. mmg ye murah.. tp urusan utk geran dan sebagainya tu yg dikatakan mahal. betul ker?

    ReplyDelete