Thursday 22 September 2011

Ride Balik Kg Mersing - JB

Wasap Bro..

Cuti Hari Malaysia (16 September) tahun nie jatuh pada hari Jumaat. so apalagi  aboyNajun mengambil peluang yang ada.So Khamis 15 haribulan lepas maghrib aboyNajun angkat tongkat untuk balik kg kat Mersing. pada mulanya kiteorang rancang untuk balik JB dulu memandangkan ride kiteorang pada waktu malam. yela sebab balik JB kiteorang hanya akan melalui highway berbanding balik Mersing kiteorang kene melalui jalan yang lebih mencabar. Jalan Kluang-Mersing tue bagi korang yang dah pernah lalu tue korang tau la camne.. lebih2 lai pada waktu malam.. Pepun alhamdulillah kiteorang selamat tongkat motor kat Mersing. Plan asal untuk balik JB dulu terpakse ditukar sebab org tua aku kat Mersing nak buat Majlis Marhaban pada hari Jumaat. Ride bermula apabila AboyNajun angkat tongkat pada pukul 7.48 dari umah. Keadaan cuaca masa mula2 angkat tongkat boleh tahan baik cuma  keadaan jalan yang basah disebabkan baru lepas hujan. Disebabkan meter minyak pokteh dah pun kurang satu bar masa kluar dari rumah. so untuk menyedapkan hati aku bagi menjayakan ride pada kalinie aku pun topup minyak pokteh jap kat hentian seremban sebelum tongkat moto untuk makan kat hentian Air Keruh lebih kurang kui 9.10 malam.






Aku makan nasi ayam Ajun makan Mee Rebus







Kiteorang keluar exit Ayer Hitam pada pukul 11.00 malam. Singgah topup minyak pokteh kat shell Air Hitam.





Dari Hentian Seremban sampai susur keluar Air Hitam cume topup RM 17.31 untuk dapatkan Full Bar balik.





Sempat basahkan tekak.....












 Nolan VS Kawasaki








Alhamdulillah... Kui 12.24 malam, kiteorang selamat tongkat motor kat mersing selepas mengharungi kabus tebal Jalan Kluang- Mersing....

Mersing (Jumaat 16.09.2011)

Alhamdulillah... Majlis Marhaban kat umah Mersing yang diadakan berjalan lancar..Acara lain selepas berlangsungnya Majlis Marhaban ialah acara potong kek bersempena dengan besday adik lelaki aku pada 15/9. Semoga Allah Merahmati adik aku nie Dunia Akhirat.



Mersing (Sabtu 17.09.2011)

Plan nak angkat tongkat ke JB selepas sarapan pagi. Aku pun pi ke pasar mersing  untuk mencari salah satu sarapan pebret kiteorang bile kat Mersing...




Lokasi kedai yang jual sarapan pebret kiteorang nie terletak di sebelah Pasar Mersing. Ramai peminat nie.. kalau lambat sket mmgla kempunan nak makan.




 Apa yang makcik nie jual sebenarnya?




Hah... makcik nie menjual beranika jenis kuih, mee, bihun tapi yang paling best ialah nasi dangang..





Sebungkus Singgit.... tapi sket sgt... kalau aku sekali ngap la..





Disebabkan family aku ramai.. so aku beli pakai plastik.. tak main la daun2 pisang nie.. aku suruh makcik tue bungkus satu plastik 5 ringgit.





Setelah siap dihidang kat umah. jom sarap!







Plan asal untuk angkat tongkat ke JB selepas sarap terpaksa ditangguh disebabkan ayah aku telah beli ikan pebret aku untuk dimasak buat lauk  makan tenghari... Terima Kasih banyak ayah....





Terima Kasih jugak kat mama coz masakkan lauk tengahari yang best.. Ikan Patin Masak Tempoyak.







Lepas tengahari dalam kui 2, kiteorang pun angkat tongkat untuk ke JB.. Jalan yang akan kami lalui ialah Mersing-Kota Tinggi-JB. Guruh berdetum dan awan nano mendung berarak masa kiteorang nak angkat tongkat tidak melemahkan semangat kiteorang untuk meneruskan ride ke JB. selepas 10 minit tayar bergolek hujan pun turun dengan meriahnya..Aku amik keputusan untuk redah je memandangkan barang2 yang penting telah dimasukkan dalam box. Alhamdulillah pokteh dapat meredah hujan tanpa sebarang masalah.. Sampai Pekan Jemaluang Alhamdulillah hujan berhenti memandikan kami cuma selepas itu hanya hujan renyai on-off. Cuaca agak baik setibanya kiteorang di Simpang Mawai sehingga Ke JB. Selamat tongkat motor kat umah JB pada pukul 3.40.

JB (Ahad 18.09.2011)






Peminat-peminat pokteh.. dari depan buyat(nana), kakak(cipi) dan abang (acim). Yerorang bertiga adalah anak buah kesayangan kiteorang merangkap tukang kecoh kat umah JB










Hujan kat JB pada petang ahad.





Nasib baik minah sorang nie rajin membantu aku untuk lap pokteh selepas kena hujan

Tengkiu kakak...

Lepas maghrib kui 7.30 kiteorang angkat tongkat untuk pulang ke KL. Kiteorang singgah kedai kain Jakel jap di atas permintaan orang umah aku.







Ajun tgh mencari kain yang berkenan di hati

Lebih kurang 7.50, setelah orang umah membeli kain. kiteorang meneruskan perjalanan.. Hujan turun ketika kiteorang melalui Skudai . Benti topup minyak pokteh kat hentian Sebelah Kulai. Alhamdulillah hujan dan pun benti setibanya di persimpangan Kulai. Lebih kurang satu jam perjalanan kiteorang singgah kat hentian Yong Peng untuk pi toilet sebelum tongkat motor kat hentian Air Keroh untuk makan. Hentian terakhir yang kami singgah ialah Hentian Seremban untuk topup minyak pokteh sebelum tongkat motor kat umah pada pukul 11.45 mlm.. Alhamdulillah... Sekian..

Thursday 1 September 2011

Ride Ramadhan Balik Kg Mersing 2011

Salam Bro....

Hari jumaat lepas 12/8/2011 aboyNajun angkat tongkat untuk ride ke Mersing.. Tujuan ride kalinie adalah untuk meluangkan masa untuk berpuasa bersama2 kuarge aku kat Mersing. Hujan lebat pada petang jumaat tue sedikit membantutkan rancangan kiteorang utk angkat tongkat. Aku nyaris2 nak menunde ride pada hari sabtu iaitu keesokan harinye untuk mengelakkan keadaan hujan lebat tersebut. Tapi setelah dipikir2 semasak2nya dan kesanggupan org umah aku utk meredah. Aku pun membuat keputusan untuk meneruskan ride murni kiteorang nie hu..hu..kalau mengikut plan asal.. kiteorang akan angkat tongkat lebih kurang kui 6.30. tapi disebabkan hujan pada petang tue kiteorang angkat tongkat kui 8.15 malam iaitu selepas berbuke popia goreng dan air soya. (alas perut kononnya).
                                                                                                                                                                                      
Singgap jap kat hentian Seremban untuk menyantap. maklumla kat umah tadi hanya beralaskan popia goreng je..hu..hu.. makanan pilihan aku malam tue nasi lauk keli masak lomak ngan sayur kangkung... sebut pasal keli.. ader citer pasal keli nie.. so teruskan mengikuti kisah ride kiteorang kalinie yer










Org umah hanya makan pau ayam...



                                                          
 Pokteh plak `makan' minyak ron 95 shell je hu..hu...

Setelah kiteorang makan dan topup minyak pokteh kiteorang pun angkat tongkat untuk meneruskan perjalanan. Keadaan kat hentian masatue hujan renyai.. kire-kire kui 11.00 malam kiteorang tongkat motor jap kat Pagoh untuk ngeteh.. Alhamdulillah cuaca kelihatan bertambah baik cuma keadaan jalan je yang masih lagi basah selepas kene hujan.






pokteh kat hentian Pagoh












Fuhh sejuk2 lepas main hujan pekene roti bakar ngan air panas mmg cara...








Selepas seisi memanaskan badan... kiteorang meneruskan perjalanan tongkat motor utk topup minyak pokteh jap kat Air Hitam dan akhirnya berjaya tongkat motor kat Mersing pada pukul 1.30 pagi... Alhamdulillah..

Antara aktiviti kat Mersing....

Hah bercerite pasal keli tadi... Meh aku bawak korang melawat satu projek kecil2lan adik lelaki aku yang bermodalkan duit simpanannya untuk membela ikan keli..






Lokasi: Tepi umah orang tua aku kat Mersing


























 Kebetulan hari sabtu tue adik aku tgh menukar air didalam tangki ikan kelinya..


























Semoga projek adik aku nie berjayala hendaknya.. amin...













pokteh terpakse diselimutkan takut kucing `landing' pada waktu malam.












Rambutan dari pokok kat umah Mersing












Tetiap tahun ayah aku tak jemu2 untuk mengibarkan bendera bersempena bulan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara..





















Ahad 14/08/2011 lebih kurang kui 4.00 petang aboyNajun angkat tongkat untuk pulang ke KL. Cuaca panas ketika angkat tongkat dari Mersing ku sangkakan hingga ke petang.. rupe2nye hujan menjelme he..he.. apake tidaknya kiteorang disambut dengan hujan yang agak meriah ketika melepasi Bandar Kahang sehinggakan melepasi Bandar Kluang. Tongkat motor jap kat bustop depan Penjara Kluang untuk berteduh.. Bile hujan nampak gayanya susah nak berhenti kiteorang pun amik keputusan utk redah je sehingga sampai ke station minyak untuk topup minyak pokteh kat Kluang. Pastue sebelum masuk Highway kiteorang singgah kedai jual kerepek sat untuk beli kerepek barang sebungkus dua..




















ajun n kerepek








Perjalanan diteruskan dan Alhamdulillah ketika memasuki Highway Plus dari Plaza Air Hitam keadaan cuaca tersangat baik dan secara tak langsung dapat mengeringkan pakaian kiteorang yang di basahi hujan sebelum tue. Dalam kepala aku plan nak berbuka kat hentian Jejantas Air Keroh. Tapi tiba2 org umah aku mencadangkan utk exit ke Melaka untuk pi berbuke ke salah satu tempat pebret kiteorang.. kat mana tempat tue? jom usya....

Haaah sinilah tempet pebret kiteorang kat melaka.. kawasan gerai2 terletak diantara Bayview Hotel dan Hotel Orkid. Gerai pebret kiteorang tuuu haah yang hujung sekali yang signbord kuning. Nama geraitue Hairina Western Food. Chiken Chop kat sini mmg terbaik... regenye RM 7.00 inggit je. Kiteorang pernah ride naik motor jaguh aku semata2 nak makan malam kat sini je n berpatah balik KL malam tue jugak...







nyum....nyum.... hidangan berbuka puasa kiteorang... Inilah rupenye makanan pebret kiteorang...








Settle............... haah air buah kat sana pun mmg terbaik satu gelas RM 2.50 jek.. Mmg berbaloi.









Pokteh hanya melihat kiteorang menyantap dari luar pagar hu..hu..









Selepas berbuka kiteorang singgah topup minyak pokteh kat shell kat Air Keroh sebelum angkat tongkat untuk menuju ke KL. Alhamdulillah perjalanan agak lancar dan kiteorang selamat sampai umah pada pukul 9.35 malam.. sekian...