Friday 15 November 2013

Menjenggok Kawasaki Z250

Salam/Salam Sejahtera...

Boleh tahan! itu pandangan aku bila kali pertama menyaksikan jentera nie kat kedai moto. Moto ini mengekalkan ciri-ciri yang sama dengan Kawasaki Ninja 250. Cuma takde fairing dan tukar lampu depan... jom usya gambo..











( Perlukan Jurugambar Perkahwinan? Sila Kilk Sini )

Wednesday 2 October 2013

Ride Ke Fraser Hill Sesambil Memetik Gambar Untuk Pertandingan Fotografi Kuala Kubu Baru Part II

Salam/Salam sejahtera...

Bersambung dari Part I

Awal2 pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari membe opis aku, agak musykil sebab membe aku nie sangat jarang utk call aku pada hari2 cuti. Rupa-rupanya membe opis aku nak sampaikan berita kematian salah seorang membe opis kiteorang Ehsan. Terus terduduk aku disebabkan terkejut. Arwah mmg masih muda dan belum kawin. Kat opis, mejanya mmg betui2 sebelah aku dan kami bertugas di seksyen yang sama. Arwah meninggal kerana dipercayai terbabas ketika menunggang motosikal Yamaha LC di kilometer 3.8 menghala ke Setia Alam untuk pulang ke rumah di Bukit Kapar pada awal2 pagi sebelum subuh 25.08.2013. Selepas dapat berita kematian tue, kiteorang terus kemas2 barang utk check out. Tongkat motor utk sarapan kat sekitar Taman Awam Bukit Fraser sebelum berangkat pulang.










Kabus di awal pagi perhhhh sejuk giler!








Pekena teh tarik n roti arab cecah kuah kari...













Makanan Sampingan Nasi lemak hu..hu..







Sempat bergambar kenangan dengan beskal kat depan kedai makan











Lepas makan buang dulu apa yang patut...

Lebih kurang kui 11.14 pagi kiteorang bergerak turun dari Bukit Fraser. Singgah sat kat tepi jambatan utk mengambil gambar sungai Kg. Pertak untuk pertandingan gambo sebelum terus shoot ke rumah arwah di Bukit Kapar Klang. Aku dimaklumkan yang arwah akan dikebumikan selepas asar. ketika menghampiri kawasan Bukit Beruntung hujan mulai turun dan beransur lebat. Kiteorang tongkat motor utk berteduh di jambatan selepas exit Bukit Beruntung.








Bikers2 lain turut sama berteduh







Selepas hujan dah tak berapa lebat, kiteorang angkat tongkat untuk meneruskan perjalanan, Orang umah aku berjaya mengesan lokasi rumah arwah dlm gps henset die. So kiteorang terus menuju ke rumah arwah berpandukan gps. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan. kiteorang singgah sat kat Petronas Puncak Alam untuk topup minyak pokteh dan solat. Lepas settle kiteorang terus angkat tongkat utk menuju ke rumah arwah. Jarak dari petronas tersebut dengan rumah arwah dah tak jauh...



Alhamdulillah kiteorang selamat tongkat motor kat rumah arwah, rasa sebak selepas menatap arwah buat kali terakhir. sempat jumpe beberapa orang  membe opis kat sana. Alhamdulillah.. aku sempat juga solatkan arwah kat surau berdekatan dengan menumpang kete membe opis aku yang lain. Lepas solat kiteorang buat keputusan utk pulang selepas berbincang kerana melihat ramai kenalan arwah  yang lain akan pergi mengikuti upacara pengebumian arwah. Perjalanan pulang agak menyasar sket...tah mana2 la aku tuju.. sebenarnya ini kali kedua aku pi rumah arwah, tapi tah kenapa susah sangat nak cam jalan kat situ.. siap nak menghala ke Teluk Intan lagi hu..hu.. akhirnya  berjaya menemui jalan pulang. ont the way nak balik sempat pekena burger king dulu Alhamdulillah aku selamat tongkat motor kat rumah sebelum maghrib. Sekian..



AL-FATIHAH

Kepada Allahyarham Ehsan Bin Kamaruddin Kerana Telah Kembali Ke Rahmatullah










Gambar kenangan arwah teman aku pi menjenggok Kawasaki Ninja 250. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Ride Ke Fraser Hill Sesambil Memetik Gambar Untuk Pertandingan Fotografi Kuala Kubu Baru Part I

Salam/Salam Sejahtera...

Wasap Bro! Selepas join photoshoot Pielang Bikers pada malam semalamnya. Keesokkan harinya 24.08.2013 aku n orang rumah aku akan ride ke Fraser Hill. Sebenarnya hari sebelumnya sebelum pi sesi photoshoot aku dapat mengesan bunyi seperti bearing pecah kat rim blakang pokteh tapi disebabkan nak juga pi photoshoot tue.. aku bawak jugak pokteh walaupun bunyi-bunyian berkumandang dari rim belakang.. hu..hu.. sorry yer pokteh nak tukar hari tue dah petang sangat kedai pun dah tutup. So pagi 24.08.2013 aku pi cari kedai moto dulu utk repair pokteh. Selepas berjaya menukar bearing kat rim blakang pokteh, aku cargas pulang kat rumah utk terus bergerak menuju ke Fraser Hill. Tujuan utama ride ke Fraser Hill nie adalah untuk memetik gambo sempena pertandingan fotografi mengenai keindahan Kuala Kubu Baru, alang2 nak ke Kuala Kubu Baru untuk memetik gambo terus naik ke Fraser Hill. Sesambil nyelam minumla air sekali yer tak? Sebenarnya keputusan pertandingan telahpun keluar pada 20 september haritu.dan dukacita gambar2 aku tak berjaya memenangi apa2 hadiah walaupun saguhati hu..hu.. tak kisahla tue janji aku puas hati sebab dan mencuba.





Ok berbalik kepada cerita ride, lebih kurang kui 10.25 kiteorang angkat tongkat dari rumah. Alhamdulillah cuaca baik hari tue, kiteorang tongkat motor utk makan kat Kg. Kelumpang pada pukul 11.30 pagi sebelum terus menuju ke Kuala Kubu Baru untuk memetik gambo.















Alhamdulillah... lebih kurang kui 2.40 petang aku berjaya tongkat motor kat Fraser Hill untuk kali yang kedua. Lepak jap kat sekitar kawasan tower clock utk memetik gambo. Sedang aku seting2 tripod utk memetik gambo aku, ajun pokteh kat clock tower, tetiba ada seorang kakak berbangsa cine yang bersama2 kuarganya yang mengikut trip ke Fraser Hill  datang kat aku dan bersungguh utk membantu kiteorang memetik bergambo. May nama kakak tue. Thanks May!. May n keluarganya mmg frendly...











May(kiri) n Family bergambo bersama pokteh.

Lepas selesai bergambo. kiteorang terus angkat tongkat utk ke Fraser's Silverpark Resort utk check-in. Alhamdulillah.. agak selese jugak lah.... walaupun pak guardnye banyak cekadak!. Sebenarnya aku ingat nak stay kat Puncak Inn tempat aku memula stay masa datang Fraser Hill dulu.. tapi apakan daya dah full. Lepas rest kiteorang angkat tongkat utk lepak2 kat sekitar clock tower sebelum pi makan malam kat sekitar kawasan tower clock. Lepas makan terus balik ke apartment.












Alhamdulillah pokteh dapat tempat parking betul2 depan lif hu..hu..







Bersambung....





Tuesday 1 October 2013

Photoshoot Bersama Pielang Bikers

Salam/Salam Sejahtera..

Wasap Bro! Fuhhhhhh lama tui aku tak update blog kesayangan aku nie... almaklumla 2 tiga menjak nie.. aku tak ride ke mana2 sangat.. cuma bulan 8 haritue aku der ride ngan ajun kat Fraser Hill. Insyallah lepas post nie aku kongsi ngan korang ye. Berbalik pada cerite Photoshoot nie.. Seorang daripada Pielang Bikers yang berbakat besar dalam bidang fotografi iaitu Bro Fairus @Akukahitu telah mengadakan sesi photoshoot pada malam 23.08.2013 yang bertempat di lorong belakang deretan kedai di Desa Melawati. Disebabkan mendapat sambutan yang menggalakkan. lebih 30 biji motor yang hadir beb, maka  Bro Fairus @Akukahitu telah mengajak geng2 photographer untuk menjayakan program pada malam itu. Aku mengambil kesempatan untuk mencedok ilmu2 fotografi almaklumlah masih baru didalam dunia fotografi nie.




















disebabkan melibatkan banyak moto, maka 3 lokasi photoshoot telah dibuat, aku nak kongsikan hasil gambo aku yang tak seberapa pada malam tue.










































Bro Fairuz @ akukahitu. Kredit pada beliau..












Dalam kui 12 mlm sesi photoshoot masih berlangsung.. memandangkan esoknya aku ader ride. so aku calo dulu. Pepun satu pengalaman yang menarik utk aku..

Sekian...