Wednesday 2 October 2013

Ride Ke Fraser Hill Sesambil Memetik Gambar Untuk Pertandingan Fotografi Kuala Kubu Baru Part II

Salam/Salam sejahtera...

Bersambung dari Part I

Awal2 pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari membe opis aku, agak musykil sebab membe aku nie sangat jarang utk call aku pada hari2 cuti. Rupa-rupanya membe opis aku nak sampaikan berita kematian salah seorang membe opis kiteorang Ehsan. Terus terduduk aku disebabkan terkejut. Arwah mmg masih muda dan belum kawin. Kat opis, mejanya mmg betui2 sebelah aku dan kami bertugas di seksyen yang sama. Arwah meninggal kerana dipercayai terbabas ketika menunggang motosikal Yamaha LC di kilometer 3.8 menghala ke Setia Alam untuk pulang ke rumah di Bukit Kapar pada awal2 pagi sebelum subuh 25.08.2013. Selepas dapat berita kematian tue, kiteorang terus kemas2 barang utk check out. Tongkat motor utk sarapan kat sekitar Taman Awam Bukit Fraser sebelum berangkat pulang.










Kabus di awal pagi perhhhh sejuk giler!








Pekena teh tarik n roti arab cecah kuah kari...













Makanan Sampingan Nasi lemak hu..hu..







Sempat bergambar kenangan dengan beskal kat depan kedai makan











Lepas makan buang dulu apa yang patut...

Lebih kurang kui 11.14 pagi kiteorang bergerak turun dari Bukit Fraser. Singgah sat kat tepi jambatan utk mengambil gambar sungai Kg. Pertak untuk pertandingan gambo sebelum terus shoot ke rumah arwah di Bukit Kapar Klang. Aku dimaklumkan yang arwah akan dikebumikan selepas asar. ketika menghampiri kawasan Bukit Beruntung hujan mulai turun dan beransur lebat. Kiteorang tongkat motor utk berteduh di jambatan selepas exit Bukit Beruntung.








Bikers2 lain turut sama berteduh







Selepas hujan dah tak berapa lebat, kiteorang angkat tongkat untuk meneruskan perjalanan, Orang umah aku berjaya mengesan lokasi rumah arwah dlm gps henset die. So kiteorang terus menuju ke rumah arwah berpandukan gps. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan. kiteorang singgah sat kat Petronas Puncak Alam untuk topup minyak pokteh dan solat. Lepas settle kiteorang terus angkat tongkat utk menuju ke rumah arwah. Jarak dari petronas tersebut dengan rumah arwah dah tak jauh...



Alhamdulillah kiteorang selamat tongkat motor kat rumah arwah, rasa sebak selepas menatap arwah buat kali terakhir. sempat jumpe beberapa orang  membe opis kat sana. Alhamdulillah.. aku sempat juga solatkan arwah kat surau berdekatan dengan menumpang kete membe opis aku yang lain. Lepas solat kiteorang buat keputusan utk pulang selepas berbincang kerana melihat ramai kenalan arwah  yang lain akan pergi mengikuti upacara pengebumian arwah. Perjalanan pulang agak menyasar sket...tah mana2 la aku tuju.. sebenarnya ini kali kedua aku pi rumah arwah, tapi tah kenapa susah sangat nak cam jalan kat situ.. siap nak menghala ke Teluk Intan lagi hu..hu.. akhirnya  berjaya menemui jalan pulang. ont the way nak balik sempat pekena burger king dulu Alhamdulillah aku selamat tongkat motor kat rumah sebelum maghrib. Sekian..



AL-FATIHAH

Kepada Allahyarham Ehsan Bin Kamaruddin Kerana Telah Kembali Ke Rahmatullah










Gambar kenangan arwah teman aku pi menjenggok Kawasaki Ninja 250. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

No comments:

Post a Comment