Tuesday 10 July 2012

Ride Jom Balik Kg JB (Jun 2012)

Salam....

Wasap Bro! 22.06.2012 aritue aboyNajun angkat tongkat sepertimana yang dirancang untuk pulang ke kampung JB. Lebih kurang kui 7.30 malam kiteorang gerak dari umah..

kui 8.40 mlm kiteorang tongkat motor kat hentian Air Keroh untuk makan malam.. Kat hentian Air Keroh arah selatan nie (Bukan Yang Jejantas) ada kedai pebret aku iaitu gerai No.9 yang bernama Aneka Pilihan. kedai nie jual masakan panas. Sepertimana biasa aku order nasi goreng ayam untuk aku n ajun.



Lepas rehat dan mengisi perut.. aboyNajun meneruskan perjalanan n singgah topup minyak pokteh kat Hentian Pagoh.  Selepas selesai isi minyak pokteh kiteorang angkat tongkat utk meneruskan perjalanan sehinggala kiteorang tongkatmotor kat hentian Simpang Renggam lebih kurang kui 10.35 malam untuk berehat dan meluruskan pinggang..







Kawasan rehat yang selesa kat hentian Simpang Renggam.. syabas pihak PLUS!

Lepas lebih kurang 15 minit rest n membuang apa yang patut aboyNajun angkat tongkat untuk meneruskan perjalanan.. Alhamdulillah kui 11.45 aboyNajun selamat tongkatmotor kat umah JB.... Alhamdulillah jugak cuaca cantik pada malam tue...

24.06.2012

Waktu utk pulang ke KL! angkat tongkat dari umah JB kui 8.20 malam.. Benti tongkat motor kat hentian Kulaijaya utk topup minyak pokteh.. Alhamdulillah perjalanan agak lancar malam tue maintain ride dengan kelajuan purata 130km/j. Tongkat motor jap untuk berehat kat hentian Tangkak...



Hentian kiteorang yang terakhir malam tue ialah Hentian Air Keroh untuk topup Minyak pokteh sebelum shootttt terus ke rumah. Alhamdulillah selamat tongkatmotor kat umah kui 11.45 Malam...

Sekian.....