Thursday 22 September 2011

Ride Balik Kg Mersing - JB

Wasap Bro..

Cuti Hari Malaysia (16 September) tahun nie jatuh pada hari Jumaat. so apalagi  aboyNajun mengambil peluang yang ada.So Khamis 15 haribulan lepas maghrib aboyNajun angkat tongkat untuk balik kg kat Mersing. pada mulanya kiteorang rancang untuk balik JB dulu memandangkan ride kiteorang pada waktu malam. yela sebab balik JB kiteorang hanya akan melalui highway berbanding balik Mersing kiteorang kene melalui jalan yang lebih mencabar. Jalan Kluang-Mersing tue bagi korang yang dah pernah lalu tue korang tau la camne.. lebih2 lai pada waktu malam.. Pepun alhamdulillah kiteorang selamat tongkat motor kat Mersing. Plan asal untuk balik JB dulu terpakse ditukar sebab org tua aku kat Mersing nak buat Majlis Marhaban pada hari Jumaat. Ride bermula apabila AboyNajun angkat tongkat pada pukul 7.48 dari umah. Keadaan cuaca masa mula2 angkat tongkat boleh tahan baik cuma  keadaan jalan yang basah disebabkan baru lepas hujan. Disebabkan meter minyak pokteh dah pun kurang satu bar masa kluar dari rumah. so untuk menyedapkan hati aku bagi menjayakan ride pada kalinie aku pun topup minyak pokteh jap kat hentian seremban sebelum tongkat moto untuk makan kat hentian Air Keruh lebih kurang kui 9.10 malam.






Aku makan nasi ayam Ajun makan Mee Rebus







Kiteorang keluar exit Ayer Hitam pada pukul 11.00 malam. Singgah topup minyak pokteh kat shell Air Hitam.





Dari Hentian Seremban sampai susur keluar Air Hitam cume topup RM 17.31 untuk dapatkan Full Bar balik.





Sempat basahkan tekak.....












 Nolan VS Kawasaki








Alhamdulillah... Kui 12.24 malam, kiteorang selamat tongkat motor kat mersing selepas mengharungi kabus tebal Jalan Kluang- Mersing....

Mersing (Jumaat 16.09.2011)

Alhamdulillah... Majlis Marhaban kat umah Mersing yang diadakan berjalan lancar..Acara lain selepas berlangsungnya Majlis Marhaban ialah acara potong kek bersempena dengan besday adik lelaki aku pada 15/9. Semoga Allah Merahmati adik aku nie Dunia Akhirat.



Mersing (Sabtu 17.09.2011)

Plan nak angkat tongkat ke JB selepas sarapan pagi. Aku pun pi ke pasar mersing  untuk mencari salah satu sarapan pebret kiteorang bile kat Mersing...




Lokasi kedai yang jual sarapan pebret kiteorang nie terletak di sebelah Pasar Mersing. Ramai peminat nie.. kalau lambat sket mmgla kempunan nak makan.




 Apa yang makcik nie jual sebenarnya?




Hah... makcik nie menjual beranika jenis kuih, mee, bihun tapi yang paling best ialah nasi dangang..





Sebungkus Singgit.... tapi sket sgt... kalau aku sekali ngap la..





Disebabkan family aku ramai.. so aku beli pakai plastik.. tak main la daun2 pisang nie.. aku suruh makcik tue bungkus satu plastik 5 ringgit.





Setelah siap dihidang kat umah. jom sarap!







Plan asal untuk angkat tongkat ke JB selepas sarap terpaksa ditangguh disebabkan ayah aku telah beli ikan pebret aku untuk dimasak buat lauk  makan tenghari... Terima Kasih banyak ayah....





Terima Kasih jugak kat mama coz masakkan lauk tengahari yang best.. Ikan Patin Masak Tempoyak.







Lepas tengahari dalam kui 2, kiteorang pun angkat tongkat untuk ke JB.. Jalan yang akan kami lalui ialah Mersing-Kota Tinggi-JB. Guruh berdetum dan awan nano mendung berarak masa kiteorang nak angkat tongkat tidak melemahkan semangat kiteorang untuk meneruskan ride ke JB. selepas 10 minit tayar bergolek hujan pun turun dengan meriahnya..Aku amik keputusan untuk redah je memandangkan barang2 yang penting telah dimasukkan dalam box. Alhamdulillah pokteh dapat meredah hujan tanpa sebarang masalah.. Sampai Pekan Jemaluang Alhamdulillah hujan berhenti memandikan kami cuma selepas itu hanya hujan renyai on-off. Cuaca agak baik setibanya kiteorang di Simpang Mawai sehingga Ke JB. Selamat tongkat motor kat umah JB pada pukul 3.40.

JB (Ahad 18.09.2011)






Peminat-peminat pokteh.. dari depan buyat(nana), kakak(cipi) dan abang (acim). Yerorang bertiga adalah anak buah kesayangan kiteorang merangkap tukang kecoh kat umah JB










Hujan kat JB pada petang ahad.





Nasib baik minah sorang nie rajin membantu aku untuk lap pokteh selepas kena hujan

Tengkiu kakak...

Lepas maghrib kui 7.30 kiteorang angkat tongkat untuk pulang ke KL. Kiteorang singgah kedai kain Jakel jap di atas permintaan orang umah aku.







Ajun tgh mencari kain yang berkenan di hati

Lebih kurang 7.50, setelah orang umah membeli kain. kiteorang meneruskan perjalanan.. Hujan turun ketika kiteorang melalui Skudai . Benti topup minyak pokteh kat hentian Sebelah Kulai. Alhamdulillah hujan dan pun benti setibanya di persimpangan Kulai. Lebih kurang satu jam perjalanan kiteorang singgah kat hentian Yong Peng untuk pi toilet sebelum tongkat motor kat hentian Air Keroh untuk makan. Hentian terakhir yang kami singgah ialah Hentian Seremban untuk topup minyak pokteh sebelum tongkat motor kat umah pada pukul 11.45 mlm.. Alhamdulillah... Sekian..

No comments:

Post a Comment