Thursday 7 March 2013

Menjenggok Yamaha XJ6N Di Kedai Motor

Salam/Salam Sejahtera..

Wasap Bro!

Tengahari kelmarin aku ngan budak opis sesaje pi menjengok motor kat Welly Batu Cave. Sempat usya sebiji XJ6N.Untuk makluman pada tahun 2011 Yamaha ada mempertaruhkan model XJ6 Diversion untuk memberi saingan kepada Kawasaki yang telah mendahului jualan superbike CKD di Malaysia, klik sini utuk post pasal XJ6 Diversion, namun rasanya ramai penunggang di Malaysia lebih meminati Versys dan er6 keluaran Kawasaki, mungkin disebabkan rege Versys dan er6 lebih kompetetif dan maintenance yang lebih murah kerana versys dan er6 hanya 2 silinder berbanding XJ6 yang mempunyai 4 Silinder. Pada tahun ini  Yamaha sekali lagi mempertaruhkan XJ6 versi naked CKD yang dikenali XJ6N.  Regenye lebih kurang  RM 40K, lebih murah  RM 1000 daripada saudaranya XJ6 Diversion. Harapan aku di tongkatmotor dengan kehadiran moto nie dapatlah menambah pilihan kepada kepada peminat motor berkuasa tinggi agar jalan raya kita lebih meriah dengan moto2 berkuasa tinggi nie.. jom usya gambo..









No comments:

Post a Comment