Sunday 24 February 2013

Ride Kerja Ke Cherating (Part I)

Salam/Salam Sejahtera....

Pada 17-19 Februari haritue aku ride ke Cherating untuk menghadiri Mesyuarat Penilaian Semula Bahagian aku bagi tahun 2013. Mesyuarat tersebut akan diadakan di Suria Beach Resort Cherating. Kalau tahun lepas aku bermesyuarat kat PD Santuary Apartment & Training Camp,  Port Dickson. Sila usya kat sini dan sini untuk Ride Kerja ke PD tahun lepas. Ride kalinie aku ditemani oleh Ajun. Kiteorang angkat tongkat dari umah kui 8.00 Pagi. Ride kali nie kiteorang akan melalui Lebuh Raya Pantai Timur untuk menghala ke Cherating. aku jangkakan ride kalinie kiteorang terpaksa meredah hujan kerana almaklumla skang mmg musim die. Jom usya gambo..




Tongkat motor jap kat Hentian Genting Sempah lebih kurang kui 9.00 Pagi.

Selepas siap sapan, kiteorang angkat tongkat untuk meneruskan perjalanan, Alhamdulillah cuaca pagi tue cantik cume hujan gerimis sket kat Maran. Kiteorang stop utk rest n topup minyak kat Petronas di Hentian Gambang. Beberapa KM sebelum sampai kat Hentian Gambang keadaan jalan agak basah selepas hujan. Sedang kiteorang rest kat Petronas, hujan telah turun semula.






Minum n rest kat Petronas Gambang.







Agak2 hujan dah reda kiteorang angkat tongkat untuk meneruskan perjalanan lebih kurang kui 11.15. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa kiteorang meredah hujan. cuma keadaan jalan je yang basah selepas hujan. Kui 11.45  kiteorang dah sampai ke exit Jabor dan terus menghala ke Cherating melalui Jalan Kemaman. Dalam lebih kurang 30KM dari tol Jabor kiteorang dah jumpe simpang ke Suria Beach Resort kat sebelah kanan, alang2 dah lalu jalan kemaman tue kiteorang terus lajak lebih kurang 5 KM  ke Telok Mak Nik, Kemaman untuk pekene satar n otak2. Tongkat motor kat warung otak2 lebih kurang kui 12.20 tghari.


















Selepas perut kenyang melantak satar, otak2 n kopok lekor, kiteorang plan untuk reronda kat Pantai Cherating. Untuk ke Pantai Cherating, kiteorang kene berpatah balik lebih kurang 10 KM. Untuk makluman korang, hotel tempat kiteorang nak tuju iaitu Suria Beach Resort berada di tengah2 antara Telok Mak Nik,Kemaman dan Pantai Cherating. Sebelum tue singgah jap kat Shell jap utk pi toilet n topup minyak pokteh.




Tiba di Kawasan Pantai Cherating, Tongkat Pokteh kat bawah pokok.




Tetengok Cenderahati yang berkenan di hati..




Pokteh jeles tgk kiteorang pi soping cenderahati hu..hu..




 Pantai Cherating...







Bersambung.......

No comments:

Post a Comment