Friday, 2 November 2012

Join Ride Mengetam Ke Kuala Gula (Megaride 2.0 PB) Part III

Salam/Salam Sejahtera...

Bersambung dari Part II

Lepas sesi bergambirun beramai2 konvoi akan bergerak ke Masjid yang berdekatan untuk Solat.. Alhamdulillah.. nie yang aku suka PielangBikers nie.. dalam berseronok berkonvoi.. Kewajiban kepada yang Esa tidak dilupakan. Tongkatmotor kat Masjid Bukit Putus, Semanggol lebih kurang kui 2.45 petang.











Setelah selesai solat Jamak berjemaah, dalam kui 3.30 Konvoi gerak menuju Tol Bukit Merah untuk memasuki highway menghala K.L. Tongkat motor jap kat Hentian Semanggol untuk topup minyak. Perjalanan diteruskan dan  konvoi terpaksa mengharungi hujan ketika di kawasan Bukit Merah. Pukul 5.15 petang konvoi tongkat motor untuk topup minyak untuk kali terakhir dan rest di Hentian Tapah. Jom usya gambo...













Sesi bergambiran wajib ada.. hu..hu..
























Bergambiran beramei2... mmg happening beb!


Setelah rest dan topup minyak di RnR Tapah, angkat tongkat untuk meneruskan perjalanan dan hentian terakhir di tetapkan di Hentian Sebelah Sg. Buloh. untuk `Farewell'. Alhamdulillah kira2 kui 6.40 Petang kiteorang sampai kat Hentian tersebut.










Ucapan Penghargaan daripada Taikor








Ketua Marshall Bro Paiz







Bikers wanita tunggal yang ride ke Kuala Gula!









Berbaris untuk bersalam2


Barisan marshall  yang bertungkus-lumus menjaga keselamatan dan kelancaran konvoi. terbaikkk!


Alhamdulillah... Ride yang sangat berjaya n best bagi aku... Syukur Kehadrat Allah kerana dipermudahkan perjalanan konvoi kali ini. Aku jangkakan akan mengharungi hujan sepanjang perjalanan (maklumla musim hujan), tapi sebaliknya kiteorang menempuh cuaca yang baik cuma hujan sket2 je. Semua peserta juga menunjukkan disiplin yang baik disamping marshall yang superb dan sangat berpengalaman. Terima Kasih Banyak Pielangbikers diatas pengalaman ride yang owsem!! semoga ikatan ukhwah antara ahli PielangBikers dapat dikekalkan untuk selamanya. Thanks jugak diatas subsidi RM 5 sekepala utk bayaran makan hu..hu..AboyNajun selamat tongkatmotor kat umah lebih kurang 7.30 malam.

P/s: Terdapat gambar2 yang aku copy dari pielangbikers.com yang diambil oleh jurugambar2 PB yang hebat2 untuk dimasukkan dan dikongsikan dalam tongkatmotor. Kredit utk dieorang!!

Sekian....

Thursday, 1 November 2012

Join Ride Mengetam Ke Kuala Gula (Megaride 2.0 PB) Part II

Salam/Salam Sejahtera..

Bersambung dari Part I..

Selepas topup minyak n rehat dekat RnR Tapah lebih kurang 30 Minit kiteorang angkat tongkat kui 11.00 pagi untuk meneruskan perjalanan. Konvoi exit di Tol Kemunting untuk ke Kuala Gula. Hasil Kecekapan Marshall dan juga ditambah dengan keadaan cuaca dan jalan yang baik, Alhamdulillah konvoi selamat sampai ke destinasi pada kui 12.30 tengahari, setengah jam awal daripada jadual.. terbaikk!.. usya gambo jom..








Makanan yang menjadi mangsa....





Kari Sembilang




Ketam Lembut Masak Sweet Sour




Ketam Lembut Goreng Tepung






Aku punye pinggan ha..ha..










Geng semeja aboyNajun






Burpppp kenyang.. Alhamdulillah....



Dalam dok kenyang2 sampai plak pencuci mulut.. Kerang rebus.. layan....




 Port khas untuk meletak riding gear...










Aku punye ha...ha... main sangkut sesuka hati je... haishhh tak berdisiplin tui...










Lepas makan, jom kita usya kawasan sekitar!





Peminat2 PielangBikers!









Kemudahan Tandas Disediakan hu..hu...






Pokteh @ Kuala Gula......









 Stok Ketam Baru!!





Mod santai2 selepas kekenyangan!







Antara Peserta konvoi yang keletihan hu..hu..







Apa Bro2 nie tgh buat?






Owhhh kire duit rupenye... ha..ha..

Nak tau berape hinggit kos makan?? bayarannye seperti dibawah:

Menu set (4 orang) :

(1) 4 ekor Ketam lembut goreng tepung
(2) 4 ekor Ketam sweet sour
(3) 2 ekor semilang asam pedas
(4) khailan utk 2 org makan
(5) telur dadar utk 2 org makan
(6) Sirap limau satu jag

Jenis hidangan= set hidang. Satu set 4 orang makan.

HARGA SATU SET=RM100

-FOC : (1) Buah tembikai (2) kerang rebus (3) tambah air free (4) tambah nasi free

So utk aboyNajun Rm 50 hinggit ar..  Tapiiii sebelum kiteorang kolek wit utk bayo, taikor PielangBikers, Bro Imran. umumkan yang Pielangbikers akan bagi subsidi RM 5 Inggit utk satu kepala... maka satu meja kene bayo RM 80 je. Alhamdulillah... Thanks PielangBikers!








Tapau untuk insan2 yang tersayang....




Makan settle, tapau settle, bayo settle,  jom balik!!









Sebelum angkat tongkat, sesi bergambirun beramai2



Kemana lepas nie???  Bersambung Part III