Friday 2 November 2012

Join Ride Mengetam Ke Kuala Gula (Megaride 2.0 PB) Part III

Salam/Salam Sejahtera...

Bersambung dari Part II

Lepas sesi bergambirun beramai2 konvoi akan bergerak ke Masjid yang berdekatan untuk Solat.. Alhamdulillah.. nie yang aku suka PielangBikers nie.. dalam berseronok berkonvoi.. Kewajiban kepada yang Esa tidak dilupakan. Tongkatmotor kat Masjid Bukit Putus, Semanggol lebih kurang kui 2.45 petang.











Setelah selesai solat Jamak berjemaah, dalam kui 3.30 Konvoi gerak menuju Tol Bukit Merah untuk memasuki highway menghala K.L. Tongkat motor jap kat Hentian Semanggol untuk topup minyak. Perjalanan diteruskan dan  konvoi terpaksa mengharungi hujan ketika di kawasan Bukit Merah. Pukul 5.15 petang konvoi tongkat motor untuk topup minyak untuk kali terakhir dan rest di Hentian Tapah. Jom usya gambo...













Sesi bergambiran wajib ada.. hu..hu..
























Bergambiran beramei2... mmg happening beb!


Setelah rest dan topup minyak di RnR Tapah, angkat tongkat untuk meneruskan perjalanan dan hentian terakhir di tetapkan di Hentian Sebelah Sg. Buloh. untuk `Farewell'. Alhamdulillah kira2 kui 6.40 Petang kiteorang sampai kat Hentian tersebut.










Ucapan Penghargaan daripada Taikor








Ketua Marshall Bro Paiz







Bikers wanita tunggal yang ride ke Kuala Gula!









Berbaris untuk bersalam2


Barisan marshall  yang bertungkus-lumus menjaga keselamatan dan kelancaran konvoi. terbaikkk!


Alhamdulillah... Ride yang sangat berjaya n best bagi aku... Syukur Kehadrat Allah kerana dipermudahkan perjalanan konvoi kali ini. Aku jangkakan akan mengharungi hujan sepanjang perjalanan (maklumla musim hujan), tapi sebaliknya kiteorang menempuh cuaca yang baik cuma hujan sket2 je. Semua peserta juga menunjukkan disiplin yang baik disamping marshall yang superb dan sangat berpengalaman. Terima Kasih Banyak Pielangbikers diatas pengalaman ride yang owsem!! semoga ikatan ukhwah antara ahli PielangBikers dapat dikekalkan untuk selamanya. Thanks jugak diatas subsidi RM 5 sekepala utk bayaran makan hu..hu..AboyNajun selamat tongkatmotor kat umah lebih kurang 7.30 malam.

P/s: Terdapat gambar2 yang aku copy dari pielangbikers.com yang diambil oleh jurugambar2 PB yang hebat2 untuk dimasukkan dan dikongsikan dalam tongkatmotor. Kredit utk dieorang!!

Sekian....

No comments:

Post a Comment