Wednesday, 18 January 2012

Bajet Tahun 2012 Utk Pokteh: Tayo Depan (Battlax BT 023)

Salam/salam sejahtera...

Tengahari semalam aku berjaya menukar tayo depan untuk pokteh... kalau mengikut perancangannya kat Bajet Tahun 2012 Utk Pokteh, aku nak sarung micelin PR2, org kat kedai moto tue pun dah siap keluarkan dah.. tinggal nak pasang je.. sementara tue aku berborak la dengan seorang bikers yang menunggang versys yang kebetulan nak menukar tayar belakang motonya.. die tukar tayo battlax 023..sebelum nie pun die pakai tayo yang sama gak.. aku sempat la sembang dengan die tentang kelebihan dan ketahanan tayo battlax 023 tersebut. Die cakap ok! tahan lama.. compound yang digunakan pun keras di tengah dan lembut di belah tepi (dual compound)... aku ada juga tanya kat die pasal tayo michelin PR2 aku dipahamkan pun PR2 pun tak kurang hebatnya, die cakap ok jugak.. cuma battlax lebih keras n tahan sket je daripada PR2 (pendapat bikers tue la) so lepas pk2 aku pun tuka pikiran untuk terus menggunakan tayo jenama Bridgestone cume aku upgred sket daripada Battlax 021 kepada battlax 023. dengan alasan lebih long lasting hu..hu...regenya RM 390 kat kedai moto K S Motor Jalan Ipoh... harap2 percaturan aku nie okla kot.. aku tuko tayo depan dulu.... ada gambo sket utk dikongsi..

Michelin PR2 (kiri) yang nyaris2 nak disarungkan kat pokteh. Manakala sebelah kanan pulak adalah tayo Michelin PR3 yang dikatakan stedy mengambil selekoh masa jalan basah.. Wallahualam....
p/s: cume rege yang memisahkan kalau tak aku mesti piley PR3!
Tayo baru pokteh! Bridgestone Battlax BT 023







Jambatan Batu "Bridgestone"











Noted:
Tayo lama pokteh Battlax 021 (depan) bertahan sehingga 17200km..

Friday, 13 January 2012

Menjenggok Kawasaki er6n 2012 Di Kedai Motor

Salam/Salam Sejahtera....

Wasap Bro! Aku dah tgk Kawasaki er6n 2012 kat kedai motor.. tak rancang pun nak pi tgk secara kebetulan masa teman member opis aku menghantar motornya ke bengkel tadi... terpancar warna kekuningan er6n baru kat kedai motor sebelah seolah2 memanggil2 aku untuk menjenggoknya hu..hu..... jom aku belanja gambo..

















Thursday, 12 January 2012

Misi Menyelamat Oleh Si Kechik...

Salam/Salam Sejahtera...

Alhamdulillah pagi tadi misi menyelamat member opis aku iaitu abg zahan yang rantai motonya putus berjaya dilaksanakan... dan moto berjaya di hantar ke bengkel...Jarak antara tempat rantai motor tersebut putus dengan bengkel yang hendak dituju boleh tahan juga jaraknya..  so perancangannya aku  akan menunda abg zahan dengan menolak motor die dengan  kaki.. tapi mmg failed.. aku tak berapa mahir menggunakan teknik tersebut lelebih lai jalan yang bakal dilalui agak berbukit dan sempit... so tukar orang plak.. abg zahan naik si kechik menunda aku plak yang menunggang motor die yang rosak.... hampir berjaya tapi macam aku cakap tadi jalan agak sempit dan berbukit.. So nak taknak aku ngan abg zahan bergilir2 menolak motor sampai atas bukit dan kerja2 menunda motor menjadi mudah apabila mula menuruni bukit... Alhamdulilah akhirnya sampai juga kiteorang bengkel yang hendak dituju..





Rantai yang terkucil





sampai `tergeliat' rantainya...





Mungkin disebabkan rantai yang kendur dan sporket yang dah tajam..




 rehat jap selepas terpaksa menolak motor






Hah inilah si kechik aku...





abang zahan dan motornya..





 sporket depan+sporket belakang+rantai= RM 60





kerja-kerja merawat moto abg zahan










Sunday, 8 January 2012

Ride Makan Mee Ketam...

Salam/Salam Sejahtera....

Wasap bro!!! hari sabtu bebaru nie.. aboyNajun pi ride secara kecil2an. kat Shah Alam untuk mencube mee ketam kat seksyen 7. Senang je nak cari kedai tue kalau dari federal highway exit ke Padang Jawa/Uitm. Traffic light  belok kanan lepas tue terus je.. (akan melalui gate UITM) sampai jumpe petronas kat sebelah kanan, U-turn dah masuk simpang yang dekat petronas tue.. terus je naik bukit dan akan jumpe restoran bebanyak kat situ... carilah signboard yang ada tulis mee kari ketam..

meh aku belanja gambo...

 Menu2 yang ada kat situ....
 Pekerja2 kat situ sibuk menyediakan hidangan spesel dieorang utk pelanggan2 termasuk kiteorang....
 Pelanggan boleh tahan ramai!
 Ajun makan mee kari ketam
 aku plak makan nasi putih + kari ketam+telur dadar
 Sirap Limau Vs Limau Ais
 Udang galah ngan ketam nipah pun ada.....
 rege mengikut berat timbangan...
Pokteh kat luar kedai hanya memerhati tuannya makan..











nak kata sedap tue.. mmm boleh la..tapi kenela dengan tekak aku.. ajun kurang minat dgn karinya.. tapi korang kena cubala sendiri... aku kene RM 13.90 hari tue... korang pi la try pulak.....

Wednesday, 4 January 2012

Bajet Tahun 2012 Utk Pokteh

Assalam/Salam Sejahtera

Masih lum terlambat utk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada pembaca2 tongkatmotor sekelian.. Kedatangan tahun baru selalunya seiringan dengan azam tahun baru... bagi aku selalunya tak tentukan azam aku or target aku... cume kalau leh aku nak apa yang akan berlaku dalam hidup aku tahun nie lebih baik dari tahun lepas.. mudah-mudahan.. Baiklah berbalik kepada tajuk entry aku kali nie.. kat sini aku nak senaraikan apa yang perlu aku lakukan untuk maintan pokteh (tak termasuk tuko minyak itam n oil filter yang aku buat setiap 5000KM= RM 115) memandangkan pokteh pun dah menunjukkan tanda2 untuk meminta nafkah kat aku hu..hu... kalau tak betui2 bajet nie silap2 makan biskut kering nanti... Pepun apa yang dulu mesti di dulukan... yang penting keselamatan kita masa menunggang nanti.

Cable Clutch: Alhamdulillah aku dah tuko bulan doblas aritu.. yang lama masih elok lai.. tapi memandangkan aku selalu main tarik2 clutch kat KL nie sebab jammed  tuko jela takut putus di tengah jalan (aku masukkan kat sini sebab bajet2nye nak beli tahun nie.. tapi asyik risau je pasal cable clutch putus memandangkan pokteh dah berusia setahun lebih) regenye RM 78

Tayo: Tayo depan belakang dah menunjukkan kebotakkannya... so aku bajet nak try michelin PR2.. tuko paling lambat pun bulan dua la kalau tak gatal nak pi memana ride.. regenye RM 390 depan n RM 490 belakang.

Brake Pad: Brake depan dua2 dah hampir kehausan.. ingat nak tuko yang ori punye brand tokico RM 160 sebelah. so dua belah RM 320. hope leh la pakai sebulan dua lai memandang kan aku banyak menggunakan brake belakang coz baru tuko brake pad blakang yang biase2 punye aritu RM 50 brand daytona.

Rantai/sporket: dah ada yang mengkrekot... huh... ingat nak tuko DID X ring , sprocket MATAHARI (depan dan blkg) - RM 390

Air filter: ada bikers cakap perfomance akan lai ok kalau pakai DNA. Ingat nak beli terus yang nie sebab air filter yang biase pun dah seratus lebey... Rege DNA Air filter RM 320

Slider: tidak kurang pentingnya untuk mengurangkan kerosakan moto akibat terjatuh. RM 250

Absober Belakang: Aku punye bengkok tak tau sebab apa.. tanya yang baru kat kawasaki RM 1000++. kat kedai yang selalu aku pi RM 900. Ingat nak cari bikers yang nak jual seken je, aritue dah tanye nak tolak RM 400 (hope ada rezeki la)

Plug: Iridium.. 2 Biji RM 100

mmmmmmm cukupla setakat nie dulu kang senarai lai banyak...biskut kering pun tak mampu nak beli huhu....... teringat kata2 ustaz kat surau tadi.. `takyahlah heran sgt kat orang yang pakai kete beso... beso ketenya beso la jugak duit yang keluar'... hu..hu... nak buat camne aku dah minat sgt ngan moto beso nie dah terlanjur pun memilikinya... aku akan cube berusaha apa yang perlu.... insyallah semoga Allah permudahkan segalanya... so bagi korang yang bercite2 nak pakai moto cc beso nie.. pkla sebaik2nya yer.. mcm aku ckp tadi mana yang perlu didahulukan.. dahulukanla ye...

p/s: rege2 berdasarkan rege brg kat kl dan bengkel yang selalu aku pi.

p/s (1): pepun aku akan cube update kat sini utk dikongsikan dengan korang semua...

Tuesday, 3 January 2012

Salam Takziah Buat Keluarga Boero

Boero seorang penunggang daripada Argentina yang menyertai Rali Dakar, maut selepas diserang sakit jantung akibat terjatuh dari motosikalnya semasa hari pertama perlumbaan antara Mar De Plata dan Santa Risa de la Pampa di barat Argentina. Kematian Boero itu menjadikan dirinya penunggang yang ke-21 meninggal dunia sepanjang rali berkenaan yang sudah dianjurkan sebanyak 29 kali di Afrika sejak 1979 sebelum berpindah ke Amerika Selatan pada 2009. Secara keseluruhan, 59 orang sudah meninggal dunia semasa rali berkenaan termasuk 20 penonton.

Wednesday, 21 December 2011

Pokteh Bergambar Dengan BMW R 1200 GS

Tengahari tadi aku singgah jap kat umah akak aku nak anto barang.... pastu terjumpe sebiji BMW parking.. so tanpa berlengah pokteh bergambarlah kenangan dengan motor tersebut hu..hu..... chekidup!!!










BWM R 1200 GS miliku...... hu..hu..