Wednesday 3 April 2013

Ride Jom Balik Kg Mersing Sambil Test Tayar Belakang Baru (PR3) Hu..Hu..

Salam/Salam Sejahtera...

Wasap Bro! 29.3.2013 aboyNajun pas kije, baliik umah bungkus2 barang pastu lebih kurang kui 7.40 malam cargas angkat tongkat utk ride balik Kg. Mersing. Tujuan kiteorang balik kg kalinie sebab nak membantu ayah n mama aku clearkan barang2 kat dapur umah untuk melancarkan projek mega org tua aku iaitu projek besarkan dapur umah hu..hu...org tua aku sebenarnya dah lama sangat berhajat akan nak besarkan dapur. Macam2 rintangan dan dugaan yang terpaksa diaorang hadapi. Alhamdulillah,  projek tersebut telahpun bermula dan aku doakan agar impian mereka tercapai amin..

Okla berbalik kepada  citer ride.. Selepas kiteorang menyelusuri jalan yang agak sesak dekat highway Seremban, kiteorang tongkat motor utk makan n rest kat Hentian Ayer Keroh.


Selepas selesai, kiteorang angkat tongkat utk meneruskan perjalanan. Perjalanan agak lancar malam tue, prestasi sebenar tayar baru pokteh masih belum teruji lagi. Sesakali kegelapan malam di terangi dengan cahaya guruh dari langit adakah malam tue kiteorang akan bermandikan hujan?. Jawapannya Ya hu..hu..dalam beberapa KM lagi nak sampai Hentian Pagoh kiteorang dibasahi hujan, aku tongkat motor utk topup minyak pokteh kat Hentian Pagoh. Hujan tak menunjukkan tanda2 nak reda.. aku buat keputusan utk meneruskan perjalanan disebabkan taknak melalui laluan Kluang-Mersing lewat malam sangat. Korang yang pernah melalui jalan tersebut memalam korang tau la hu..hu..

Lepas je keluar dari Hentian Rehat Pagoh, Hujan turun dengan sangat lebat! bayangkan betapa lebatnya hujan tersebut sampai semua kereta nyalakan hazard light. Kalinie tayar baru PR3 pokteh benar2 diuji. Sekali sekala terpaksa melalui lopak air kat highway. Alhamdulillah... betullah bagai dikata.. tayar PR3 nie cemerlang melalui jalan basah. tak rasa goyang pun.. tak taula mungkin sebab aku pun tak speed sebab peglihatan terbatas kerana hujan lebat serta jalan yang licin tapi mmg berpuas hatilah dengan tayar baru pokteh nie. Kiteorang redah hujan sehingga sampai ke exit Yong Peng. Alhamdulillah setelah menempuh hujan lebat pokteh masih steady utk berbakti kepada aboyNajun. Keluar exit Air Hitam lebih kurang kui 11.30. Kat jalan Air Hitam- Kluang semasa dalam perjalanan ader roadblock polis, kiteorang diarah utk ketepi, sesambil abam polis tue check pokteh, Lesen n IC aku, die tanya memacam pasal motor besor, berhajat nak beli la tue kot... pas semuanye ok.. kiteorang angkat tongkat utk meneruskan ride.. tongkat motor jap kat shell kluang utk pi toilet. Lepas tue perjalanan diteruskan dan sekali lagi tayar PR3 pokteh diuji utk meratah secara kecil-kecilan corner jalan Kluang-Mersing.. mmg best pakai tayar nie... Insyallah kalau tiba masanya dapat pakai tayar depan PR3 nanti bile tayar depat bt023 aku dah botak lagi best kot. Alhamdulillah lebih kurang kui 1.00 Pagi, kiteorang selamat tongkat motor kat umah mersing..

30 Mac 2013 

Operasi  mengemas dan mengalihkan barang2 dari dapur.. alhamdulillah kiteorang dapat menolong apa yang termampu.. tak sabar nak tgk projek mega dapur baru orang tua aku nie siap hu..hu..

Cuaca di Mersing tersangatlah panas... so mmg terbaiklah untuk menjemur kasut n riding gear yang basah semalam...







Slider yang baru pasang kat pokteh












Tayar baru pokteh Michelin PR3

31 Mac 2013

Lebih kurang 12.20 kiteorang angkat tongkat untuk pulang ke KL. Cuaca dan bahang panas mengiringi ride kiteorang.. Lebih kurang pukul 1.15 petang kiteorang sampai kat Kluang. Kat Kluang nie kiteorang ader port baik utk rest n isi perut iaitu kat Kluang RailCoffee. Kluang RailCofee nie amat popular di Kluang. kedai kopi nie terletak kat stesen keretapi Kluang dan cawangan nya terletak kat Jalan Manggis dan yang terbaru di Jalan Tasik . Setibanya di stesen keretapi Kluang  kedai kopi tu cam tutup la pulak. Sebenarnya aku lebih feel pi kat kedai kopi yang asal kat stesen keretapi ni.. tapi apa nak buat kedainya tutup. Kiteorang mencuba nasib utk pi kat cawangannya kat Jalan Manggis. Alhamdulilah.. nasib baik buka.. Tongkat motor kat sini lebih kurang kui 1.30 Petang.






 pokteh dapat parking redup






Roti nie mmg best geng!





Settle!







Masa nak bayar sempat bertanyakan kenapa kedai yang kat Stesen Keretapi tutup. rupa-rupanya kat sana ada waktu rehat iaitu pada pukul 12.00 hingga 2.30 petang..Dalam kui 2.00 ptg kiteorang angkat tongkat utk meneruskan perjalanan. Alhamdulillah cuaca agak baik walaupun sangat panas. Hentian seterusnya kiteorang tongkat motor kat RNR Ayer Keroh. Thanks kat ajun sebab blanje makan askem yang best..










 beratur beb! nak beli askem..

 


Lepas settle makan askem... kiteorang tongkat motor jap kat Petronas Ayer Keroh utk topup minyak pokteh.. Dalam kui 4.00 kiteorang angkat tongkat utk meneruskan ride. Hujan turun  ketika melalui Hentian Seremban, Alhamdulillah, setelah beberapa jam kiteorang kepanasan atas motor, dapatlah kiteorang menyejukkan badan sket. Kiteorang berhujan sehingga Nilai. Alhamdulillah lebih kurang kui 6.15 petang kiteorang selamat tongkat motor kat umah.. Syukur...

Sekian...





5 comments:

  1. Jalan Kluang-Mersing tu horror ker beb? macam syok jerr nak dengor cerita misterinya..

    ReplyDelete
  2. horror tue setakat nie tak pernah jumpe apa2 lagi la.. cume kat situ kat kebanyakan nya ladang kelapa sawit, malam kabus tebal n kenderaan kurang...

    p/s:ada pengalaman ride sengsorang waktu malam kat situ, kepala tegak je tak tgk kiri kanan dah.. hu..hu..

    ReplyDelete
  3. Bang..Full face Nolan tu berapa RM?
    Lagi pokteh tuh motor apa? Tak beberapa nak nampak la..hehe..

    ReplyDelete
  4. Lagi satu~
    Tertinggal 'satu' pulak..adeh..

    ReplyDelete
  5. dua tahun lepas beli nolan tue rege lebih kurang RM 900 sebiji.. pokteh ialah kawasaki er6f model 2010-2011

    ReplyDelete