Tuesday 4 October 2011

Ride Jom Makan Otak2 Kat Kemaman 1.10.2011 Part 1

Salam.....

Wasap Bro! pada 1.10.2011 haritue aku telah angkat tongkat ke Kemaman bersama Pielang Bikers.. Tujuan utama ride kalinie adalah untuk makan otak-otak, sata, kopok lekor, disamping mengeratkan lagi ikatan silaturahim dan beramah mesra sesama ahli2 Pielang Bikers. Aku difahamkan ride kalinie adalah ride yang mencatat sejarah untuk pielang bikers kerana ia merupakan ride yang mengumpulkan jumlah bikers yang terbesar sejak ditubuhkan.

Semua bikers dikehendaki untuk berkumpul di BHP selepas tol Gombak seawal 7.45 pagi untuk sarap dan isi minyak kat sini. Disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan aboyNajun terlewat sket utk angkat tongkat dari umah.. hu..hu.. gerak dari umah lebih kurang kui 7.45. Apa lai kelam kabut jugak aboyNajun dibuatnya sampai terlupa nak bukak kunci brake disk nasib baik tak tersungkur..

Sampai je kat tempat berkumpul dah dapat melihat berpuluh2 motor beso dan moto kecik bersusun kat situ.. Kebetulan plak mase tue ada bikers2 dari kelab lain pun RV jugak kat tempat yang sama ngan kiteorang mmg meriah....





Berkumpul di BHP selepas tol gombak





Bikers tekun mendengar taklimat sebelum ride




Bacaan doa yang diketuai oleh ustazer6 memohon agar peserta2 konvoi selamat pergi dan balik.








Angkat tongkat lebih kurang kui 9.00 pagi. Disebabkan konvoi terlalu besar dan keadaan jalan yang bercorner, sebelum gerak kite orang dibahagikan dengan dua group A dan group B yang mana setiap group lebih kurang 15 bijik moto ( Tak termasuk bikers yang akan menunggu kat tol karak dan hentian temerloh). Group A dilepaskan dulu dan diikuti dengan group B selepas 5 minit. kedua-dua group ini bergerak mengikut mod Free Ride yang mana bikers diberi pilihan untuk meroket, meleper, easy riding dan sebagainya. kedua2 group berkumpul di check point pertama iaitu di Tol karak dan akan regroup semula untuk membentuk konvoi. Sila usya gambo....





Tongkat motor kat Check point pertama di Tol Karak




Sempat bergambo beramai2





Ready utk check point yang seterusnya...











 On The Bike!!!!





Sampai kat petronas di hentian gambang untuk topup minyak.





Lepas isi minyak susun motor n rest jap





ER6F VS ER6N





Memasing cari tempat berteduh....













aboyNajun berteduh kat Dalam Longkang











Pielang Bikers bergambir....


                                                           
Konvoi tiba di hentian sebelah Jabor







 CBR 250 antara yang follow ride...




pokteh...









Alhamdulillah.. lebih kurang kui 1.00 kiteorang dah selamat tongkat motor ke destinasi yang dituju iaitu Warung Otak-Otak Che Wan. Cume kiteorang tersampai awal .. yerorang tak setat berniaga lai.. tgh kemas2 kedai n wat persiapan utk mulakan perniagaan yang sepatutnya bukak kui 2...kalau mengikut perancangan pun mmg kiteorang dijangka tiba pada 1.30 petang dan yerorang dah maklum. tapi disebabkan kelancaran perjalanan yang dikawal oleh marshall pielang bikers yang mantap, cuaca pun baik.. kiteorang tersampai awal kat warung tersebut. apalai.. kelam kabut ar yerorang bile tgk konvoi kiteorang sampai hu..hu...

Bersambung........

3 comments:

  1. aboyNajun, nampak macam ada XJ6 dalam ride nie. Macammana performance motor nie ya? Pilihan antara dua, Versys atau XJ6 sebelum nie..

    ReplyDelete
  2. bro yang memiliki moto tue faizal namanya.. aku tanya die ckp so far ok... yela penangan inline 4 la katekan... cume bunyi la sopan sket.. pakai ekzos standet... ramai yang racun tuko ekzos hu..hu..

    ReplyDelete