Friday 28 October 2011

Marco Simoncelli Dalam Kenangan....

Salam dan salam sejahtera....

Wasap Bro!

Takziah kpd pelumbe muda yang berbakat dari pasukan Honda Marco Simoncelli yang maut akibat kemalangan di litar kebanggaan kite pada kejohanan motoGP tempohari... Seperti yang dijanjikan Allah, setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Ditakdirkan Marco mati ketika bertarung merebut kejuaraan moto GP di negara kita. Nahas berlaku pada pukul 4.05 petang iaitu hanya selepas 4 minit pelumbaan dimulakan mmg tidak disangka. Marco yang hilang kawalan dan  jatuh lower side sewaktu ` koner cecah lutut' di selekoh ke 11 terus mengelungsur di laluan Colin Edward yang menunggang  Yamaha Monsters dan juga Valentino Rossi. Marco yang cedera teruk di kepala. leher dan dada akibat dirempuh Edward dan Rossi sampai fullface Marco tercabut!. Nahas maut yang berlaku  ini merupakan kali yang ke 14 sejak 1980 dan yang pertama di litar Sepang.













Marco Simoncelli
(1987-2011)

Tarikh Lahir 20 Januari 1987
Tempat Lahir Cattolica, Itali

Pasukan
MotoGP: Honda (2010-2011)
250cc: Gilera (2006-2009)
125cc: Aprilia (2002-2005)

Karier
Jumlah Pelumbaan: 148
Menang: 14 (12 dalam 250cc, 2 dalam 125cc)
Podium: 31 (2 dalam MotoGP, 22 dalam 250cc,7 dalam 125cc)
Petak depan: 15 (2 dalam MotoGP, 10 dalam   250cc, 3 dalam 125 cc)
Pencapaian terbaik: Naib juara di Australia pada 2011
Kemenangan terakhir: Australia (2009-250cc)
Juara dunia 250cc: 2008
GP pertama: Republik Czech, 2002
Petak hadapan pertama: Sepanyol 2004
Kemenangan pertama Sepanyol 2004





 





Bye Marco.......

2 comments:

  1. Pherggh..fullface mahal tu bro. Kalau dah sampai ajal tu, tak leh nak lari kemana dah.
    Peringatan buat kita yang menunggang dijalanan, pakailah safety suit yang selengkapnya..at least kalau terjadi apa-apa pun, tak der lah nampak luka yang sangat parah. Mungkin patah atau cedera dalam jer kot.

    ReplyDelete
  2. itulah... dieorang yang dah pakai pakaian yang safety pun dan berlumbe ditrack yang selamat tue masih berisiko tinggi untuk maut.. apatah lai kite yang menunggang di jalan raya... safe ride bro!

    ReplyDelete